Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

2025 menjanjikan pengalaman pengembaraan serba baharu di New Zealand yang menyajikan kawasan baharu untuk anda terokai. Alami sendiri daya tarikan pekan kecil, pemandangan menakjubkan serta pelajari tentang budaya unik yang serba kaya di sini. Destinasi Aotearoa menyajikan pelbagai jenis pengalaman untuk pencinta alam sekitar, pakar kembara bahkan buat pelancong yang gemar mempelajari tentang tradisi penduduk setempat.
Destinasi lawatan kurang dikenali yang mesti diterokai
Kaikōura – Santuari Langit Malam Antarabangsa Terbaru New Zealand

Kaikōura ialah destinasi mesti dilawati yang terkenal dengan pengalaman melihat ikan paus yang menakjubkan dan pemandangan pantai yang indah. Kini, kawasan ini juga menjadi tempat tumpuan ramai kerana pemandangan langit malam disinari gemerlapan bintang. Baru-baru ini, Kaikōura diiktiraf sebagai Dark Sky International Sanctuary dan seterusnya menjadi lokasi ketiga di New Zealand serta lokasi ke-22 di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan ini. Sama ada pada siang atau malam, kawasan ini pasti akan menawarkan pengalaman yang semestinya tidak dapat dilupakan.
Northland – dipilih sebagai salah satu destinasi ‘Terbaik Dunia’ oleh National Geographic untuk tahun 2025

Northland, New Zealand disasarkan menjadi salah satu destinasi “Terbaik Dunia” National Geographic pada tahun 2025. Dengan pemandangan Bay of Islands yang menakjubkan, lokasi ini menawarkan pengalaman pengembaraan yang tidak dapat dilupakan. Anda boleh belayar di perairan jernih dan meneroka tapak Māori yang bersejarah. Di sini juga terdapat hutan menghijau yang tebal, air terjun tersembunyi dan pantai dengan warna keemasan yang tiada penghujung.
Semua tarikan ini menjadikan destinasi ini sebagai syurga buat pencinta alam semula. Peminat aktiviti mendaki yang mencabar adrenalin, menyelam atau mereka yang sekadar mahu menikmati pemandangan yang mengagumkan boleh datang ke sini kerana gabungan unik budaya dan keindahan semula jadi Northland adalah pengalaman yang mesti dialami oleh semua.
Whanganui – Bandar Reka Bentuk Unik UNESCO

Whanganui menawarkan keharmonian warisan dan reka bentuk moden yang indah. Bandar ini memperoleh statusnya sebagai UNESCO City of Design. Di sini, anda akan menemui sebuah bandar yang dibentuk oleh kreativiti dengan hasil seni, keindahan seni bina dan budaya unik menghiasi setiap ceruk bandar.
Whanganui River yang tenang dan landskap di sekitarnya yang indah menyediakan ruang untuk renungan dan hubungan dengan alam semula jadi. Anda boleh meneroka sejarah atau ekspresi artistik moden bandar ini kerana Whanganui mengalu-alukan anda untuk menikmati dan menghargai keindahan serta mencari inspirasi pada masa lalu dan masa kini.
Westland – tempat perlindungan selamat buat hidupan laut dan persekitaran akuatik

Westland, New Zealand ialah tempat yang menjadikan alam semula jadi sebagai pusat tarikan utama. Pada bulan lepas, kawasan ini menyambut ulang tahun ke-10 rizab marin atas usaha melindungi hidupan laut yang pelbagai dan habitat yang lestari. Selami keindahan Westland dengan aktiviti seperti mendaki West Coast yang lasak, terokai Glasier Franz Josef dan Fox yang ikonik atau memandu sambil menikmati pemandangan merentasi hutan hujan asli. Westland menawarkan hubungan unik untuk menerokai sisi semula jadi New Zealand jika anda tertarik dengan keajaiban lautan atau landskap yang serba dramatik.