Ini Benda “Wajib” Kena Buat Sebelum Melancong Dengan Agensi Pelancongan
Sebelum memulakan percutian, banyak persiapan yang perlu kita lakukan.
Selain menyediakan pakaian, produk kesihatan diri dan ubat-ubatan, perkara yang paling penting adalah tiket penerbangan dan tempahan penginapan.
Selain itu, ‘itinerari percutian’ juga sangat penting. Ia memastikan perjalanan kita berjalan lancar dan teratur, serta memastikan kita tidak terlepas destinasi impian yang ingin dikunjungi.
Zaman sekarang, ramai yang memilih untuk melancong dengan menggunakan khidmat agensi pelancongan, terutamanya jika kita pertama kali melawat destinasi baru.
Sudah tentu, terdapat banyak perkara yang kita tidak tahu, dan menggunakan agensi pelancongan mungkin menjadi pilihan yang bijak.
Boleh dikatakan, agensi pelancongan ini seperti ‘tempat bergantung harap’ ketika kita melancong ke tempat yang belum kita kenali.
Agensi pelancongan akan menyediakan semua perkhidmatan yang diperlukan, dan kita hanya perlu membayar untuk perkhidmatan mereka.
Namun, jika kita lihat di media sosial, banyak kes penipuan melibatkan agensi pelancongan, baik di dalam mahupun luar negara.
Bayangkan jika kita menjadi mangsa agensi pelancongan yang tidak bertanggungjawab ketika berada di luar negara, di tempat asing yang kita tidak kenali. Tentunya situasi ini sangat menakutkan.
Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita melakukan pemeriksaan latar belakang syarikat pelancongan dan memastikan agen yang kita pilih mempunyai lesen yang sah.
Bagaimana memastikan agensi pelancongan dipilih mempunyai lesen sah?
Untuk memastikan agensi pelancongan yang anda pilih berdaftar dan sah, anda boleh melakukan semakan melalui laman web rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).
Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk memeriksa kesahihan agensi pelancongan:
1. Layari Laman Web Motac – Klik pada pilihan “Perkhidmatan” dan “Perkhidmatan Dalam Talian” yang disediakan.
2. Pilih Semakan Agensi Pelancongan – Klik pada pilihan semakan “Agensi Pelancongan”.
3. Masukkan Nama atau Nombor Lesen Agensi – Di ruangan “Senarai Lesen Pengendalian Pelancongan dan Agensi Pengembaraan (TOBTAB)”, masukkan nama agensi atau nombor lesen syarikat yang diberikan (sekiranya ada).
4. Semakan Status Agensi – Jika agensi tersebut berlesen, nama agensi akan muncul dalam senarai yang disediakan.
5. Pilihan Perbandingan Harga – Jika anda ingin membuat perbandingan harga antara beberapa agensi, anda boleh memilih negeri tanpa memasukkan nama syarikat. Motac akan memberikan senarai agensi pelancongan berlesen mengikut negeri yang anda pilih.
Semoga panduan ini bermanfaat untuk anda dalam merancang percutian yang lebih teratur dan ‘bebas’ masalah.
BACA: Ini Kos & Anggaran Keuntungan Buka Vending Machine
BACA: Ini Kos & Anggaran Keuntungan Buka Kedai Dobi
BACA: Makan Radiasi Hampir 40 tahun, Fungus Ditemui Hidup Di Lokasi Letupan Nuklear
Sumber: Motac