Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
aeril wawa zakat
Kredit: Wawa Zainal

Aeril & Wawa Sekali Lagi Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta

Azizah Najib

Aeril & Wawa Sekali Lagi Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta

Pasangan selebriti dan pemilik perniagaan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membayar zakat perniagaan tahun ini dengan jumlah RM1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menerusi video pendek yang disiarkan di laman Instagram milik selebriti tersebut, mereka bersyukur kerana sekali lagi diberi peluang menunaikan zakat dengan jumlah yang besar.

“Alhamdulillah, masyaAllah. Asbab sokongan kalian terhadap @wawaofficialhq, sekali lagi tahun ini dapat juga menunaikan zakat sebanyak ini. Teruskan sokong produk tempatan. Semoga menjadi asbab kebaikan bersama,” ucap Wawa.

Kedua-dua pasangan tersebut membuat pembayaran zakat di satu ruang khas sebelum tampil menerima cenderahati daripada pihak LZS dalam satu majlis rasmi.

Pasangan selebriti ini juga pernah tular apabila mereka menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM1.15 juta pada tahun lalu. Pada 2022, mereka menunaikan zakat perniagaan lebih RM50 ribu.

BACA: “Kewajipan Yang Perlu Dilaksanakan,” Aeril & Wawa Bayar Zakat Perniagaan Lebih RM1 Juta

Menurut Aeril pada ketika itu, zakat perniagaan yang dikeluarkan merupakan satu kewajipan yang perlu dilaksanakan.

“Kami bersyukur atas nikmat dan rezeki yang tidak pernah putus daripada Allah SWT. Ini juga berkat sokongan tanpa henti daripada semua pihak dan pelanggan setia kami. Semoga 2024 dan tahun seterusnya akan menjadi tahun yang lebih baik lagi buat kita semua,” katanya.

Tambahnya lagi, pengeluaran zakat itu diharap dapat membantu golongan yang memerlukan.

“Dalam rezeki kita, Insya-Allah ada rezeki orang lain juga. Semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Saya percaya, LZS adalah agensi terbaik dalam menguruskan perkara ini.

“Semoga usaha ini menjadi langkah awal dan pendorong buat orang lain juga. Percayalah, tidak miskin orang yang bersedekah di jalan Allah,” ujarnya.

Untuk pengetahuan, zakat perniagaan merupakan zakat yang wajib dikeluarkan daripada harta perniagaan. Antara syarat wajib mengeluarkan zakat perniagaan menurut LZS ialah muslim, sempurna milik iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta, dan cukup nisab iaitu bersamaan dengan nilai 85 gram harga emas semasa. Zakat perniagaan turut diwajibkan terhadap perniagaan yang cukup genap setahun dan penilaian harta perniagaan akan mengambil kira keadaan perniagaan pada akhir haul.

BACA: PPZ-MAIWP Pusat Zakat Pertama Lancar Saluran Bayaran Bagi Mata Wang Kripto

BACA: Boleh Dapat Rebat Cukai 100% Bila Bayar Zakat, Ni Cara Nak Buat Kira-kira

Sumber: Wawa Zainal