Ramai Terkesima, Lihat Saiz Rumah Warga Indonesia Bekerja Di Malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara yang dilimpahi dengan kemakmuran yang melimpah-ruah.
Dengan ekonomi yang pesat membangun dan sedang menuju status negara maju, Malaysia menjadi tumpuan orang luar untuk berkelana mencari rezeki.
Banyak pekerjaan, terutamanya dalam sektor 3D (dirty, dangerous and difficult) seperti sektor pembinaan dan pertanian diisi oleh pekerja-pekerja warga asing.
Pekerjaan-pekerjaan ini pula, ada yang menjanjikan pulangan yang tinggi sekaligus memberi peluang untuk mereka membuat simpanan untuk kehidupan akan datang.
Lebih-lebih lagi apabila pulang kembali ke negara masing-masing untuk bersatu semula dengan keluarga yang ditinggalkan sebelum ini.
Saiz rumah warga Indonesia yang bekerja di Malaysia
Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang individu di Indonesia berkenaan beberapa buah kediaman milik jirannya yang bekerja di Malaysia.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @ana.izzati7, wanita berkenaan sedang meninjau rumah-rumah tersebut yang masih dalam pembinaan.
“Madura, rumah besar-besar semuanya. Tetapi penghuninya tiada, semua sedang mencari duit. Ini jiran saya, orangnya tiada kerana bekerja di Malaysia,” kata @ana.izzati7.
Dalam video berkenaan, wanita berkenaan menunjukkan tiga buah rumah yang dibina oleh jiran-jirannya, hasil mencari rezeki di Malaysia.
Berdasarkan video berkenaan, dapat dilihat saiz rumah berkenaan persis seperti rumah banglo yang mungkin menelan kos pembinaan ratusan ribu ringgit, jika tidak juta, untuk dibina di negara kita.
Video berkenaan mendapat 139.5k tontonan setakat ini
Menjawab persoalan pengikutnya di ruang komen hantaran itu, @ana.izzati7 menganggarkan kos pembinaan rumah berkenaan di Madura adalah sekitar 360 juta Rupiah (kira-kira RM100,000).
Dalam pada itu, rata-rata warga maya mengagumi semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Indonesia yang sanggup berkelana ke luar negara mencari rezeki.
Usaha keras dan pengorbanan yang dilakukan ternyata membawa hasil apabila berjaya menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk keluarga masing-masing.
BACA: Ramai Ingat Fungsi “Headrest” Tempat Rehat Kepala, Rupanya Bukan
@ana.izzati7 rumah besar2 tp org nya GK ad smua cri duwit😁😁
BACA: Mat Saleh Teruja, Tengah Layan Hiking Tiba-tiba Keluarga Malaysia Ajak Berkelah Pisang Rebus
Sumber: @ana.izzati7 via TikTok