Adik Anggun Eshal Perlu Bantuan Jalani Pemindahan Hati
Nur Anggun Eshal Syakir Zufayri, 11 bulan, disahkan menghidap penyakit Biliary Atresia (BA), iaitu kegagalan fungsi hati yang kritikal sejak berusia dua bulan lagi.
Pembedahan Kasai yang dilakukan sebelum ini gagal memberikan hasil positif, menjadikan pemindahan hati di Hospital Renji, Shanghai, satu-satunya harapan untuk menyelamatkan nyawanya.
Bagaimanapun, kos rawatan yang dianggarkan sebanyak RM200,000 menjadi cabaran besar kepada keluarga kecil ini.
Anggun merupakan anak tunggal kepada pasangan Shakir Zufayri(mekanik) dan Ain Ardina (suri rumah).
Mereka yang tinggal di Sungai Merab, Kajang, tidak mampu menampung kos rawatan ini tanpa bantuan.
Setakat ini, jumlah kutipan dana yang berjaya dikumpul adalah sebanyak RM40,895.97, tetapi masih memerlukan RM159,104.03 untuk menampung keseluruhan kos rawatan.
Masa semakin suntuk, dan keadaan kesihatan Anggun semakin merisaukan.
Justeru, keluarga Anggun kini menyeru rakyat Malaysia untuk membantu meringankan beban mereka.
Setiap sumbangan, walaupun kecil, mampu membawa harapan besar kepada si kecil ini untuk kembali sihat dan menikmati masa kanak-kanaknya.
Dalam pada itu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
- Maybank: 5515 7530 7417
- Nama Akaun: Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia
- Rujukan: Bantuan Anggun BA
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia di talian +6013-7444501 atau Ain Ardina (ibu) di talian +6010-4496985.
BACA: Thamaraj Pesilat Bangsa India Pertama Negara Raih Juara Dunia
BACA: Teknik Silat Pikat Thamaraj Terjun Ke Dunia Persilatan
BACA: Running Man Bakal Temui Peminat di Malaysia 15 Feb Depan