Siakap Keli
Running man malaysia

Running Man Bakal Temui Peminat di Malaysia 15 Feb Depan

RUNNING MAN BAKAL TEMUI PEMINAT DI MALAYSIA 15 FEB DEPAN

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) —  Kumpulan Running Man dari Korea Selatan bakal kembali ke Malaysia menerusi konsert “Running Man Run U Live in Kuala Lumpur” pada 15 Feb depan, kali kedua selepas tujuh tahun mereka bertemu peminat di negara ini.

Barisan enam artis daripada rancangan hiburan televisyen popular itu – Jee Seok Jin, Yu Jae Seok, Kim Jong Kook, HAHA, Song Ji Hyo dan Yang Se Chan – dijadualkan membuat persembahan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), bermula 5 petang.

Sunstrong Entertainment selaku penganjur konsert itu dalam satu kenyataan, berkata rancangan Running Man yang disiarkan sejak 2010 dan hingga kini merekodkan 732 episod, masih kekal popular di seluruh dunia.

Menurut kenyataan itu, Yu Jae Seok dan Yang Se Chan akan membuat penampilan sulung di Malaysia.

“Berita baik dan kejutan buat peminat Yu Jae Seok dan Yang Se Chan. Kalian akan dapat bertemu mereka berdua secara langsung,” kata Sunstrong Entertainment.

Running Man merupakan program aneka ragam atau varieti paling ikonik di Korea Selatan, menonjolkan aksi lucu dan mencuit hari  melalui permainan kreatif yang berjaya memenangi hati penonton tempatan dan antarabangsa.

Sejak disiarkan di kaca televisyen, program ini telah merangkul pelbagai anugerah termasuk Anugerah Program Paling Popular di Anugerah Hiburan SBS ke-4 dan Anugerah Program Paling Cemerlang di Anugerah Hiburan SBS ke-5.

Running Man turut memenangi Anugerah Insider 2016 untuk program televisyen paling popular di dunia, dan menduduki tempat pertama dalam senarai rancangan hiburan TV Korea paling popular di iQiyi Taiwan pada 2018, memenangi Anugerah Kesetiaan Pelanggan Jenama Korea selama tiga tahun berturut-turut dari 2022 hingga 2024, dan memenangi Anugerah Jenama Tahunan pada 2023 dan 2024.

Peminat yang tidak mahu melepaskan peluang berjumpa artis kegemaran mereka boleh membuat tempahan tiket bermula 26 Dis ini melalui laman web Bookmyshow dan TOYM dengan pilihan harga RM958, RM858, RM688, RM488, RM388 dan RM288.

Kumpulan ini menerima sambutan hebat ketika kali pertama berkunjung ke Malaysia pada 2017.

BERNAMA

BACA JUGA

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.