Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
lestaripendidikan
Pengerusi PTPTN, YBhg. Dato' Seri Norliza Abdul Rahim (dua dari kiri) bersama Ketua Eksekutif PTPTN, YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid (dua dari kanan) memegang plakad Kempen Lestari Pendidikan serta #LestariPendidikan semasa Peluncuran Kempen Lestari Pendidikan di Ibu Pejabat PTPTN, Kuala Lumpur.
Tiada Kategori

PTPTN Lancar Kempen LESTARIPendidikan

Nurul Naqiyah

PTPTN Lancar Kempen LESTARIPendidikan

1. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini melancarkan kempen LESTARIPendidikan, satu inisiatif strategik untuk memastikan pendidikan tinggi kekal inklusif, mampan dan relevan bagi generasi akan datang. Kempen ini bertujuan memperkukuhkan mesej penting tentang tanggungjawab sosial dan kewangan peminjam dalam menjamin kelestarian dana pendidikan negara.

2. Kempen ini mencerminkan komitmen PTPTN untuk menyokong visi kerajaan, termasuk konsep Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, keadilan sosial dan kemampanan. Selari dengan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Dasar Pendidikan Tinggi Negara, PTPTN terus berusaha memastikan setiap individu tanpa mengira latar belakang, mendapat peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi tanpa beban kewangan.

3. Pengerusi PTPTN, YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim berkata, “Melalui LESTARIPendidikan, PTPTN bukan sahaja memenuhi tanggungjawab sosialnya tetapi juga memainkan peranan penting dalam membentuk modal insan negara. Pendidikan tinggi adalah pemangkin pembangunan masyarakat yang progresif dan kelestarian dana pendidikan adalah kunci kepada kejayaan ini.”

lestaripendidikan
Ucapan Peluncuran oleh Pengerusi PTPTN, YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim.

4. “Mesej utama kempen ini adalah untuk memperkasakan rakyat melalui pendidikan tinggi di samping membantu peminjam menyelesaikan tanggungjawab membayar hutang PTPTN dengan lebih berkesan. Pendidikan tinggi ialah landasan untuk meningkatkan taraf hidup yang hanya dapat direalisasi jika dana pendidikan kekal mampan.”

5. “Setiap pembayaran balik adalah pelaburan kepada masa depan pendidikan generasi akan datang. Dengan dana yang diterima melalui bayaran balik, PTPTN dapat terus menyokong 450,000 peminjam sedia ada dan 150,000 peminjam baharu setiap tahun, terutama dari kalangan keluarga berpendapatan rendah. Ini melibatkan jumlah yang besar iaitu lebih RM3 bilion setahun,” tambah beliau.

6. Hingga September 2024, tunggakan pinjaman PTPTN adalah berjumlah RM11.32 bilion melibatkan lebih 1.25 juta peminjam culas. PTPTN telah mengambil pelbagai langkah termasuk penghantaran surat peringatan, notis tuntutan rasmi dan memperkenalkan pelbagai mekanisme seperti pelan pembayaran fleksibel iaitu penstrukturan semula bayaran balik pinjaman.

Gimik Peluncuran Kempen Lestari Pendidikan oleh Pengerusi PTPTN, YBhg. Dato' Seri Norliza Abdul Rahim.
Gimik Peluncuran Kempen Lestari Pendidikan oleh Pengerusi PTPTN, YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim.

Inisiatif dan Inovasi Menyokong Peminjam

7. Menurut Dato’ Seri Norliza, “Kempen LESTARIPendidikan merangkumi inisiatif yang dirangka untuk meringankan beban peminjam iaitu #PTPTNBolehBincang. Peminjam boleh berbincang atau berunding untuk pelan pembayaran fleksibel iaitu penstrukturan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan kewangan mereka.”

8. “Melalui kempen ini, PTPTN juga melaksanakan pendekatan proaktif iaitu inisiatif #PTPTNSediaBantu bagi memudahkan peminjam berurusan dengan menyediakan pelbagai saluran bayaran balik yang lebih mudah, cepat dan selamat. Saluran tersebut disediakan untuk membantu dan memudahkan para peminjam yang mempunyai sebarang pertanyaan atau urusan berkaitan bayaran balik pinjaman,” jelas beliau lagi.

9. Kempen ini turut menyeru masyarakat termasuk pihak berkepentingan seperti universiti, alumni dan NGO untuk bersama-sama menyokong usaha ini dan memainkan peranan sebagai rakan dalam menyampaikan mesej positif mengenai tanggungjawab sosial pembayaran balik pinjaman PTPTN.

Pendidikan Tinggi adalah Amanah Bersama

10. Kempen ini menyeru peminjam untuk melihat pembayaran balik bukan hanya sebagai tanggungjawab individu tetapi juga tanggungjawab sosial yang memastikan peluang pendidikan kekal tersedia untuk generasi akan datang. PTPTN menekankan bahawa kegagalan membayar balik bukan sahaja menjejaskan dana tetapi juga masa depan ribuan pelajar yang memerlukan.

11. “Melalui sokongan masyarakat dan tindakan kolektif, kita dapat memastikan sistem pendidikan tinggi terus kukuh dan inklusif selaras dengan aspirasi negara,” kata Dato’ Seri Norliza.

12. LESTARIPendidikan bukan sekadar kempen tetapi simbol komitmen dan harapan untuk memastikan pendidikan tinggi kekal sebagai platform pemerkasaan dan pembangunan sosial. PTPTN mengajak semua pihak untuk berganding bahu dalam menyokong usaha ini demi masa depan yang lebih cerah untuk Malaysia.