Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tiket Konsert GENKRU Hari Kedua ‘Licin’ Dalam 45 Minit
Tiket untuk hari kedua konsert GENKRU sekali lagi ‘licin’ terjual, kali ini dalam tempoh hanya 45 minit.
Menurut kenyataan rasmi dari ICON Entertainment, sambutan luar biasa ini benar-benar menyentuh hati mereka.
Pengasas ICON Entertainment, Iman Tang, menyifatkan kejayaan ini sebagai bukti hubungan istimewa antara artis dan peminat, yang terus dihargai oleh pihak pengurusan.
“Kami amat terharu dengan sambutan ini, Tiket hari pertama habis dijual dalam masa satu jam manakala tiket hari kedua habis dalam durasi 45 minit.
“Ini semua merupakan tanda kasih sayang dan penghargaan peminat buat IKON trio negara kita. Saya mewakili ICON Entertainment dan KRU berasa sangat terharu dan ‘speechless’,” katanya.
Sebagai tanda penghargaan, beliau berjanji untuk memastikan konsert GENKRU memberikan pengalaman yang luar biasa kepada semua peminat yang berjaya mendapatkan tiket untuk kedua-dua hari.
“Sekarang menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan semua GENKRU yang telah berjuang mendapatkan tiket hari pertama dan kedua akan mendapatkan kepuasaan MAKSIMA pada kedua-dua hari konsert kelak,” jelasnya.
Untuk info, konsert GENKRU dijadualkan berlangsung pada 3 Mei 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, bermula jam 8:30 malam.
Pastinya, acara ini bakal mencipta kenangan manis buat peminat setia yang sudah lama menantikan ‘comeback’ daripada kumpulan pop dan hip hop popular Malaysia ini.
BACA: Running Man Bakal Temui Peminat di Malaysia 15 Feb Depan
BACA: Ratu Cantik Malaysia Pemilik Mahkota Miss Charm 2024
BACA: Pemain Drum Rebah, Konsert A.C.A.B Terhenti Sementara
Sumber: Astro Gempak