Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dipercayai Enam Maut Dalam Kemalangan Babit Tiga Kenderaan Berhampiran R&R Ayer Keroh

Enam maut R&R Ayer Keroh
Gambar: BERNAMA

Dipercayai Enam Maut Dalam Kemalangan Babit Tiga Kenderaan Berhampiran R&R Ayer Keroh

ALOR GAJAH, 23 Dis (Bernama) — Sekurang-kurangnya enam maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan nahas itu membabitkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, sebuah treler dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang maut ialah pemandu bas persiaran serta lima penumpang di dalam MPV, termasuk kanak-kanak.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, benar terdapat kemalangan jalan raya melibatkan kereta jenis Toyota Estima, dengan lima daripada lapan penumpang meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Jurucakap tersebut memaklumkan operasi mengeluarkan pemandu dan seorang lagi dalam treler juga sedang dilakukan di lokasi kejadian.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 8.45 malam sebelum 27 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Difahamkan, insiden itu mengakibatkan kesesakan lebih 10 kilometer di kedua-dua arah lebuh raya berkenaan.

BACA: Lemas Di Tali Air: Mayat Anggota Polis Ditemukan Pagi Ini

BACA: 30 Rumah Rosak Akibat Angin Kencang Di Semporna – Bomba

BACA: Penunggang Parah Selepas Motosikal Rempuh Kereta Peronda Yang Cuba Elak Anjing Melintas

Sumber: BERNAMA