Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Empat Negeri Dijangka Hujan, Ribut Petir Pada Pagi Krismas

Iqbal Yasir
Hujan Ribut Petir krismas
Gambar: Bernama

Empat Negeri Dijangka Hujan, Ribut Petir Pada Pagi Krismas

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) — Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas, esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak akan mengalami cuaca sama pada sebelah petang.

Selain itu, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada malam.

MetMalaysia mengingatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan aktiviti, serta muat turun aplikasi myCuaca menerusi Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih di MET Malaysia.

Sumber: BERNAMA

BACA: Lemas Di Tali Air: Mayat Anggota Polis Ditemukan Pagi Ini

BACA: 30 Rumah Rosak Akibat Angin Kencang Di Semporna – Bomba

BACA: Tular Video Tayar Dipercayai Punca Kemalangan Di KM204 PLUS Arah Utara