Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Negara tidak merayakan tahun baharu
Gambar: AFP

Ini 6 Negara Tidak Merayakan “Tahun Baharu”

Hannah

Ini 6 Negara Tidak Merayakan “Tahun Baharu”

Sambutan “tahun baharu” adalah sinonim dengan tanggal 1 Januari pada setiap tahun, dan tahun ini ia jatuh pada Rabu minggu hadapan.

Ia sering dianggap sebagai simbol harapan baru dan peluang untuk memulai sesuatu dengan lebih baik.

Umum diketahui, banyak negara di seluruh dunia menyambut tahun baharu dengan perayaan meriah, seperti pesta kembang api dan acara-acara besar.

Bahkan, banyak negara turut menjadikannya sebagai cuti umum.

Namun, tahukah anda bahawa tidak semua negara turut merayakan tahun baharu?

1. Arab Saudi

Arab Saudi adalah salah satu negara yang tidak mengiktiraf perayaan tahun baharu.

Difahamkan, hal ini kerana masyarakat tempatan di sana beranggapan ia tidak selaras dengan syariat Islam.

Sebaliknya, negara ini yang menggunakan kalendar Hijriah, menjadikan bulan Muharam sebagai awal tahun baru.

Untuk info, kerajaan Arab Saudi turut melarang perayaan lain seperti Hari Valentine.

Bagi memastikan larangan ini dipatuhi, pihak berkuasa mengawasi penjualan atribut perayaan seperti hiasan dan hadiah.

2. India

Sebagai negara dengan pelbagai budaya, India mempunyai cara unik dalam merayakan tahun baru.

Sebahagian besar masyarakat India tidak menyambut tahun baharu pada 1 Januari.

Sebaliknya, mereka mempunyai beberapa tarikh tahun baharu berdasarkan tradisi tempatan.

Contohnya, tarikh tahun baru di India berbeza-beza, iaitu 22 Mac menurut kalendar rasmi dan 13 April bagi masyarakat Kerala.

Tambahan pula, perayaan ini bergantung kepada budaya dan tradisi setiap kawasan.

3. Iran

Iran, negara dengan majoriti penduduk Islam, juga tidak merayakan tahun baharu pada 1 Januari.

Sebaliknya, mereka menyambut “Nowruz” pada 21 Mac, sesuai dengan kalendar Parsi.

Nowruz telah menjadi tradisi sejak lebih 3,000 tahun lalu.

Pada hari tersebut, masyarakat Iran biasanya memakai pakaian tradisional dan berkumpul bersama keluarga untuk bersyukur kepada Tuhan.

4. Tajikistan

Sebagai sebuah negara bekas Kesatuan Soviet, Tajikistan melarang sebarang perayaan tahun baharu.

Penduduknya tidak dibenarkan mengadakan pesta, bertukar hadiah atau mengadakan jamuan khas pada hari tersebut.

Tradisi dan budaya tempatan sangat dihormati di negara ini, hingga larangan tersebut turut meliputi perayaan Krismas.

5. Vietnam

Vietnam, salah satu negara ASEAN, juga tidak merayakan tahun baharu.

Sebaliknya, mereka menyambut perayaan tahun baru tradisional yang dikenali sebagai “Tet”.

Tet diadakan pada akhir Januari atau awal Februari.

Ketika itu, masyarakat Vietnam akan pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga, bertukar hadiah dan menikmati masa berkualiti bersama orang tersayang.

6. China

Di China, tahun baharu diraikan berdasarkan kalendar lunar, dan sambutannya biasanya jatuh antara 21 Januari hingga 20 Februari.

Dikenali juga sebagai Perayaan Musim Bunga, Tahun Baharu Cina disambut dengan meriah melalui pertemuan keluarga, perarakan perayaan, serta tarian naga dan singa yang ikonik.

Setiap tahun dikaitkan dengan salah satu daripada dua belas haiwan zodiak, dan hiasan yang indah, tanglung serta mercun digunakan untuk menghalau roh jahat dan menyambut kemakmuran.

Kemuncak sambutan ini adalah jamuan makan malam pada malam Tahun Baharu, yang menekankan kepentingan kesatuan keluarga.

BACA: Tahun Kedua Pentadbiran: Rating Kelulusan PM Anwar Meningkat Kepada 54 Peratus

BACA: 479 Mangsa Terjejas, 113 Rumah Rosak, Roboh Akibat Ribut

BACA: Pembayar Zakat Dah Boleh Pilih Duit Zakat Disalurkan Ke Mana, Ini Cara & Kategorinya

Sumber: Ketik, Times of India