Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Kenaikan tarif elektrik
Gambar: BERNAMA

Tahun Kedua Pentadbiran: Rating Kelulusan PM Anwar Meningkat Kepada 54 Peratus

Hannah

Tahun Kedua Pentadbiran: Rating Kelulusan PM Anwar Meningkat Kepada 54 Peratus

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) — Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.

Kaji selidik yang dilaksanakan awal Disember tahun ini mendapati, pengundi secara umumnya berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri merentasi beberapa bidang termasuk dalam menarik pelaburan meningkatkan imej negara dan meningkatkan perkhidmatan awam, tetapi memberikan penilaian bercampur terhadap usaha memperkukuh ekonomi.

Organisasi bebas yang memberi tumpuan kepada penyelidikan pendapat awam dan analisis sosioekonomi dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pada masa ini, 51 peratus daripada responden memberikan rating kelulusan kepada Kerajaan Persekutuan (Kerajaan Perpaduan) berbanding 46 peratus pada November 2023.

“Ketidakpuasan hati terhadap Kerajaan Persekutuan pada masa ini berada pada 47 peratus. Perbezaan yang kecil antara positif dan negatif sebahagian besarnya disebabkan kebimbangan berterusan mengenai tekanan kos sara hidup dan kebimbangan mengenai pemotongan subsidi yang dijangka akan berlaku pada masa akan datang.

“Seperti sebelum ini, sentimen pengundi kekal tertumpu kepada ekonomi, yang sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan mereka terhadap ekonomi, dengan 65 peratus menyatakan sebagai ‘masalah nombor satu dihadapi rakyat di negara ini hari ini’, walaupun tinggi, ia menurun berbanding 74 peratus setahun yang lepas,” menurut kenyataan itu.

BACA: 479 Mangsa Terjejas, 113 Rumah Rosak, Roboh Akibat Ribut

Merdeka Center juga memaklumkan bahawa terdapat penurunan dalam jumlah pengundi yang menganggap negara sedang menuju ke arah yang salah, iaitu daripada 54 peratus pada 2023 kepada 53 peratus tahun ini, dengan sebab utama seperti isu ekonomi (47 peratus), ketidakstabilan politik (tujuh peratus) dan pentadbiran yang lemah (lapan peratus).

Laporan itu juga menyatakan pengundi berusia 18 hingga 30 tahun mempunyai pandangan positif terhadap hala tuju negara dengan memberikan penarafan 49 peratus.

Manakala pengundi majoriti berusia 31 hingga 60 tahun ke atas berpendapat, negara sedang menuju ke arah yang salah dengan kebimbangan mengenai keadaan ekonomi negara seperti kos sara hidup yang tinggi, pendapatan minimum dan penurunan nilai ringgit.

Kaji selidik itu melibatkan 1,207 pengundi berdaftar terdiri daripada 52 peratus Melayu, 29 peratus Cina, tujuh peratus India, enam peratus Bumiputera Islam, enam peratus Bumiputera bukan Islam.

BACA: Pembayar Zakat Dah Boleh Pilih Duit Zakat Disalurkan Ke Mana, Ini Cara & Kategorinya

BACA: Serabut Semak Pelepasan Cukai, Ini ‘Step By Step’ Nak ‘Potong’ Cukai Sampai RM3,000

Sumber: BERNAMA