Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
PELAJAR TAHFIZ IMAM TARAWIH
Kredit: Bernama

Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor

BERNAMA

Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor

BATU PAHAT, 15 Feb (Bernama) -- Khidmat imam tempatan sedia ada akan digunakan untuk memimpin solat tarawih di masjid dan surau di Johor pada Ramadan tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid.

Beliau berkata pada masa sama, pelajar tahfiz di negeri ini yang memenuhi syarat ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) turut diberi peluang untuk menjadi imam dengan permohonan masih dibuka hingga esok.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, kita laksanakan solat tarawih dengan khidmat imam tempatan tetapi kita jemput juga pelajar tahfiz, namun perlu memenuhi syarat ditetapkan JAINJ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Budi Agrikomoditi Sektor Peladangan, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Parit Sulong, di sini hari ini.

Mohd Fared berkata masjid serta surau di Johor tidak menggunakan khidmat imam tarawih dari luar.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung peraturan berkaitan penjualan makanan kepada umat Islam sepanjang Ramadan.

“Penguatkuasaan ini bukan untuk menghalang mereka berniaga tetapi peniaga perlu menjual makanan mengikut waktu yang ditetapkan, bukannya di luar waktu terbabit seperti sarapan pagi serta sebagainya,” katanya.

Sumber:BERNAMA