Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mendedahkan wajah dan nama anakanda pertama bersama isteri, Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam.
Menerusi hantaran di Instagram baginda, sekeping potret keluarga kecil itu dimuat naik dengan senyuman manis menghiasi wajah pasangan bahagia berkenaan. Putera Mateen dilihat memangku anakanda ditemani isteri baginda di sebelah.
"Zahra Mariam Bolkiah.
"Anisha dan saya berterima kasih kepada pasukan JPMC yang luar biasa atas penjagaan dan sokongan yang diberi. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan," nukil baginda.
Dalam pada itu, stesen radio dan televisyen rasmi Brunei, RTB News turut menyiarkan wajah puteri sulung pasangan tersebut.
Menurut laporan, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah memperkenan bagi mengurniakan nama kepada cucu baginda.
"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan amat sukacita telah mengurniakan nama kepada cucunda Baginda, iaitu anakda kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam, dengan nama Yang Amat Mulia Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah Binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen," maklum agensi berita tersebut.
Terdahulu, media turut melaporkan berita kelahiran puteri comel kepada putera keempat Sultan Brunei itu pada 8.50 pagi, Ahad lalu.
Pasangan Pengiran Muda Abdul Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam mendapat perhatian dunia apabila mengikat tali perkahwinan pada 11 Januari 2024.