Siakap Keli
Lebih 200 dibunuh di Haiti
Kredit: AFP

Lebih 200 Dibunuh Dengan Kejam Di Haiti – PBB

Lebih 200 Dibunuh Dengan Kejam Di Haiti – PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa lebih 200 orang dilaporkan terkorban dalam satu siri pembunuhan beramai-ramai di Haiti bulan ini.

Kejadian tragis ini melibatkan tindakan keganasan membabitkan kumpulan samseng di ibu negara, Port-au-Prince.

Menurut laporan agensi berita AFP, kesemua mangsa dipercayai terlibat dalam amalan voodoo dan dituduh oleh seorang ketua kumpulan samseng telah menyebabkan kematian anaknya.

Tuduhan ini membawa kepada tindakan ganas yang sangat mengerikan, di mana mangsa dibawa secara paksa ke sebuah “pusat latihan” sebelum dibunuh secara kejam, ada yang dipotong anggota badan dan ada juga yang dibakar hidup-hidup.

Kejadian bermula pada malam 6 Disember apabila ketua kumpulan tersebut mengarahkan sekitar 300 anggota kumpulannya untuk melancarkan operasi “memburu manusia” secara besar-besaran.

Mereka menyerang beberapa lorong di kawasan kejiranan Port-au-Prince dan mengheret mangsa keluar dari rumah mereka secara paksa.

Laporan bersama oleh pejabat PBB di Haiti (BINUH) dan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB (OHCHR) turut mendedahkan bahawa kumpulan tersebut kembali ke kawasan kejiranan itu beberapa hari kemudian.

Mereka menculik penganut voodoo dari kuil, mensasarkan individu yang disyaki memberi maklumat kepada media tempatan, serta membunuh mereka yang cuba melarikan diri.

Sebahagian besar mayat mangsa dibakar dengan petrol, dipotong anggota badan atau dibuang ke laut.

Dalam tempoh enam hari keganasan ini, seramai 134 lelaki dan 73 wanita dilaporkan terbunuh.

BACA: Ramai Ingat Fungsi “Headrest” Tempat Rehat Kepala, Rupanya Bukan

Haiti kini berada dalam cengkaman keganasan yang teruk, di mana beberapa kumpulan samseng yang semakin berkuasa menguasai sebahagian besar ibu negara.

Negara Caribbean yang miskin ini telah lama bergelut dengan ketidakstabilan politik, dan keadaan semakin teruk akibat pengaruh kumpulan samseng yang semakin berkembang.

Walaupun usaha meredakan keganasan disokong oleh anggota keselamatan dari Kenya, Amerika Syarikat (AS) dan PBB, situasi semasa menunjukkan bahawa langkah-langkah tersebut tidak mencukupi untuk mengatasi krisis yang berlarutan di Haiti.

Sejak Januari 2024, lebih 5,358 orang telah terkorban dan 2,155 lagi cedera akibat keganasan ini.

Secara keseluruhan, sejak awal 2022, sekurang-kurangnya 17,248 orang telah menjadi korban sama ada terbunuh atau cedera.

Majlis Keselamatan PBB mengutuk keras kegiatan jenayah yang dijalankan oleh kumpulan bersenjata ini dan menyeru agar masyarakat antarabangsa menggandakan usaha untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Haiti.

BACA: Serabut Semak Pelepasan Cukai, Ini ‘Step By Step’ Nak ‘Potong’ Cukai Sampai RM3,000

BACA: Mat Saleh Teruja, Tengah Layan Hiking Tiba-tiba Keluarga Malaysia Ajak Berkelah Pisang Rebus

Sumber: AFP via France24

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.