Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Mohon Bantu Kesan Nur Aleeyah Qistina

Athirah
Polis mohon bantu
Kredit: BERNAMA

Polis Mohon Bantu Kesan Nur Aleeyah Qistina

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) — Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, Nur Aleeyah Qistina Mohammad Adzham yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kali terakhir Nur Aleeyah Qistina dilihat adalah pada petang Sabtu di kawasan blok A-2-2 Apartment Bangi Idaman, Seksyen 5C/5 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Nur Aleeyah Qistina pada 2.20 petang Ahad lepas.

Nur Aleeyah Qistina berketinggian kira-kira 155 sentimeter, berbadan gempal dan berambut panjang serta memakai kemeja-T warna coklat ketika kali terakhir dilihat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat dimohon tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerusi talian 03-8911 4222, atau penolong pegawai penyiasat Sjn Mohd Khairul Hafiz Abd Ghani di talian 018-4027665.

BACA: Serabut Semak Pelepasan Cukai, Ini ‘Step By Step’ Nak ‘Potong’ Cukai Sampai RM3,000

BACA: Pernah Disuruh Minta Sedekah, Pelukis OKU Buktikan Mampu Berdikari Cari Rezeki

BACA: Ramai Terkesima, Lihat Saiz Rumah Warga Indonesia Bekerja Di Malaysia

Sumber:

BERNAMA