Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
hanya rodri luka city

Hanya Rodri Pengubat Duka Lara Man City? Ini Alasannya

Azmil

Hanya Rodri Pengubat Duka Lara Man City?

Pada 31 Oktober 2024, perlawanan menentang Tottenham Hotspurs menjadi titik hitam Manchester City mengharungi 12 perlawanan dengan satu kemenangan.

Ia hampir genap dua bulan Rodrigo Hernandez Cascante diangkat sebagai pemenang Ballon d’Or sulung dari kelab Manchester City.

Sejak dari tarikh ‘keramat’ itu, Man City bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila terpaksa menelan deretan kekalahan demi kekalahan.

Apa sebenarnya yang menghantui kem Pep Guardiola ketika ini?

Benarkah hanya semata-mata Rodri cedera, habis satu Manchester City ‘terbakar’?

Pep banyak kali menyatakan dalam sidang media yang dia mahukan pemainnya kembali dan dia tahu apa nak buat.

Memang benar, Man City dihimpit masalah kecederaan pemain pertahanan mereka bermula dari Rodri, berjangkit-jangkit ke John Stone, Akanji dan sampai penjaga gol utama pun cedera.

Tapi SK tonton perlawanan terakhir lawan Aston Villa, sudah terlihat wajah John Stone dan Akanji di atas pandang.

Benarkah Rodri adalah jantung kepada sistem permainan Man City sehinggakan mereka langsung tak diberi ruang bernafas oleh lawan-lawan mereka?

Rodri ‘Jantung Hati’ Pep Guardiola

Rodri sangat penting dalam sistem taktikal Pep Guardiola untuk kekalkan penguasaan bola dan merencanakan serangan dari middle third.

Rodri juga berfungsi sebagai ‘penyapu’ yang akan melindungi bek berempat daripada dinoda jentera serangan pasukan lawan.

Dengan peranan Rodri ini mampu mengurangkan beban bek berempat dari dibolosi dan dapat semula penguasaan bola.

Itulah masalah utama Man City sejak 12 perlawanan terakhir ini iaitu tiada siapa mampu menang bola sebelum bola sampai ke bek berempat.

Jadi, bek berempat menampung beban yang sangat berat, beban yang kurang dipikul sebelum ini.

Bak kata pepatah melayu, “berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.”

Mateo Kovacic ke Gundogan ke Double Pivot?

Mateo Kovacic antara pemain yang paling cocok untuk menggendong tugas ini.

Namun sudah pasti kualiti yang ada pada pemenang Ballon d’Or 2024 tidak dapat ditandingi oleh Kovacic yang seakan masih mencari-cari rentak prestasi.

Adakala dalam beberapa perlawanan, Pep meletakkan Ilkay Gundogan sebagai Pertahanan Tengah Padang.

Tapi, sejak pulang ‘bercuti’ dari Barcelona, Gundogan yang dulu bukanlah yang sekarang.

Mungkin benarlah khabar angin bahawa kelab Catalan itu menjadi pemusnah karier sesetengah pemain.

hanya rodri luka city

Pep juga bereksperimen menggunakan double pivot dengan memposisikan jejaka dari Birmingham, Jack Grealish bersama Gundogan di posisi DMF.

Namun, setakat ini eksperimen yang dilakukan Pep ibarat gagalnya eksperimen kimia kita dalam makmal sains zaman sekolah dulu.

Perlu Pemain Baharu Bulan Januari?

Adakah Pep Guardiola perlu meminta seratus juta dua dari Pak Mansour untuk mendapatkan pemain yang sesuai mengisi kerinduan Pep terhadap Rodri?

Bila ditanya soalan ini, Pep tetap mengulangi bahawa dia hanya mahu semula pemainnya yang cedera dan dia tahu apa nak buat.

Takkan la sampai kena guna khidmat dukun patah pula nak sembuhkan Rodri kan?

Rodri setakat ini dilaporkan sudah boleh melupakan keseluruhan musim 2024/25 dengan masalah kecederaan lutut yang serius.

‘Sumpahan’ Ballon d’Or?

Ada juga cakap-cakap peminat bola sepak dunia, Ballon d’Or yang dikatakan dirampas dari Vinicius Jr. itu jadi sumpahan kepada Man City sehingga hari ini.

Tapi sebagai muslim sejati, salah jika kita mempercayai sesuatu perkara itu adalah sumpahan.

Bak kata Falah dalam drama Andai Tiada Dia, “tiada yang kebetulan, semuanya takdir.”

Ada juga warga maya yang berseloroh menyuruh Rodri pulangkan semula Ballon d’Or jika mahu Man City kembali ‘bernyawa’.

Macam-macam ragam warga bola maya ni. Ada saja idea nak ‘membahan’ kelab yang sedang tersungkur.

Erling Haaland Menyepi…

Pemain kedua penjaring terbanyak liga, Erling Haaland juga ‘sunyi sepi’ bila di atas padang semenjak dua menjak ni.

Sehinggakan ada beberapa perlawanan Pep Guardiola pun tak sedar Haaland masih di atas padang.

Kenapa SK kata Pep tak perasan? Sebab Haaland ‘hilang’ sepanjang perlawanan pun masih dapat beraksi 90 minit.

Kurang menerima bola dan kurang melakukan percubaan ke pintu gol.

Haaland hanya menjaringkan tiga gol dalam 12 perlawanan terakhir beliau dan kedudukan sebagai penjaring terbanyak kini terus dihambat Mohamed Salah.

hanya rodri luka city

Jika diteliti senarai penjaring Man City, mereka betul-betul mengharapkan Haaland untuk menyumbat gol.

Ini kerana, penjaring kedua terbanyak Man City setakat ini di Premier League adalah Josko Gvardiol iaitu pemain pertahanan.

Menunjukkan jentera serangan City akan mati kalau Haaland tak mampu sumbat gol.

Hanya Haaland diharapkan untuk menyumbang gol dari barisan jentera serangan.

Pada pengamatan SK, Haaland bukanlah penyerang yang mampu mencipta ruang dan peluang sendiri tapi perlu mengharapkan play-maker untuk suap bola kepadanya.

Jika dilihat kepada musim pertama beliau, Kevin De Bruyne sangat-sangat membantu ‘menghulur’ bola untuk disumbat dalam gol

De Bruyne juga kini dihimpit masalaha prestasi selepas kembali pulih dari kecederaan,

Senang kata, Pep terpaksa menghadap semua perkara ini serentak.

Rodri cedera, De Bruyne off-form yang membawa kepada “matinya” Haaland di bahagian serangan.

Kalau Rodri ‘jantung’ pertahanan, De Bruyne pula ‘otak’ kiri dan kanan yang merencana serangan.

Rekod Gagal Menang Berterusan?

Sehingga artikel ini ditulis, Man City hanya menang sekali dalam 12 perlawanan dan seri dua kali.

9 kekalahan dalam 12 perlawanan bukanlah rekod yang patut Pep banggakan dalam karier beliau sebagai jurulatih.

Man City kini menghuni tangga ketujuh dalam saingan Liga Perdana Inggeris buat masa ini.

8 mata dibelakang pendahulu liga, Liverpool FC. Dalam saingan UEFA Champions League, Man City menduduki tangga ke-22.

Hanya 2 tangga terpisah dari kelompok penyingkiran buat masa ini. City hanya ada 8 mata di saingan Eropah dan kedudukan masih belum kukuh untuk ke pusinga kalah mati.

Pada hari perlawanan Boxing Day sehari selepas Krismas, City bakal berdepan Everton yang baru sahaja mengikat Chelsea seri tanpa jaringan.

Everton ketika ini terkenal dengan prinsip tak menang takpa asalkan tak kalah.

Begitulah serba sedikit pendapat SK mengenai Man City buat masa ini. Kepada penyokong tegar Man City terus percaya dan percaya.