Siakap Keli
tular buaya besar mati
Kredit: Brunei FM

Tular Buaya Besar Mati Dilanggar Kereta Di Lebuh Raya

Tular Buaya Besar Mati Dilanggar Kereta Di Lebuh Raya

Seekor buaya mati selepas dilanggar sebuah kereta elektrik ketika melintas di Lebuhraya Penanjong – Tutong di Brunei pada pagi Rabu.

Menerusi video dan gambar yang tular di media sosial, bangkai buaya itu dilihat bergelimpangan di atas jalan.

BACA: Buaya 10 Kaki Ditangkap Ketika Sedang Berenang Dalam Kolam Rumah Penduduk

Sementara itu, kereta yang terlanggar buaya tersebut pula mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan hingga menyebabkan tayar hampir tercabut.

Kredit: Brunei FM

Bagaimanapun maklumat lanjut mengenai keadaan pemandu dan perincian berhubung kemalangan tersebut tidak diketahui.

BACA: Buaya Masih Bebas, PERHILITAN Selangor Giat Pantau

Video tersebut juga telah tular di Malaysia dan mendapat pelbagai reaksi.

Kredit: Brunei FM

Ramai netizen  tertanya-tanya mengenai berat dan saiz buaya itu kerana ia dilihat sangat besar.

Sumber: Brunei FM

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.