Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Gambar: BERNAMA

Pesalah Khalwat Berulang Jalani Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai Di Terengganu

Athirah

Pesalah Khalwat Berulang Jalani Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai Di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 27 Dis (Bernama) — Hukuman sebat di khalayak ramai terhadap buruh yang melakukan kesalahan khalwat berulang, dilaksanakan di Dewan ‘Aasim, Masjid Al-Muktafi Billah Shah di sini, selepas solat Jumaat hari ini.

Pelaksanaan hukuman berkenaan menjadikan tertuduh berumur 42 tahun yang mengaku bersalah berkhalwat buat kali ketiga itu, sebagai individu pertama di Terengganu disebat di khalayak ramai.

Terdahulu, duda kepada lima anak yang memakai pakaian lokap berwarna merah dan memakai pelitup muka tiba di dewan masjid pada 2.28 petang dengan diringi pegawai Penjara Marang, terus dibawa ke bilik khas untuk menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan.

Sebelum hukuman dilaksanakan, hadirin di dewan yang tidak dibenarkan membawa sebarang peranti komunikasi termasuk telefon pintar dan dikawal rapi polis, diberi penerangan latar belakang kes oleh pegawai mahkamah syariah negeri.

Hukuman enam sebatan dilaksanakan pada 2.50 petang dengan menggunakan rotan di belakang badan tertuduh selesai dua minit kemudian, dan tertuduh dibawa semula ke bilik khas sebelum meninggalkan masjid menggunakan van penjara pada 3.01 petang.

Walaupun orang ramai memenuhi perkarangan masjid namun polis berjaya mengawal situasi sepanjang pelaksanaan hukuman berlangsung.

Pada 20 Nov lepas, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman enam sebatan dan denda RM4,000 atau enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022.

Hukuman itu dijatuhkan kerana ia kesalahan ketiga tertuduh, memandangkan pada 19 Feb lepas, tertuduh dijatuhkan empat sebatan secara tertutup dalam penjara dan didenda RM3,000 kerana kesalahan khalwat kali kedua, selain pernah didenda RM2,700 untuk kesalahan sama pada 11 Julai 2023.

Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 yang berkuat kuasa 1 Jan lalu, kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara.

BACA: Ini 12 Perkataan Baharu Ditambah Dalam Kamus Dewan Bahasa

Sumber: Bernama