Siakap Keli
Pesawat Jeju Air Terhempas
Gambar: X/Yonhap News

Pesawat Jeju Air Terhempas, 28 Terkorban

Pesawat Jeju Air Terhempas, 28 Terkorban

SEOUL — Sekurang-kurangnya 28 orang terkorban selepas sebuah pesawat terbang keluar dari landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan Korea Selatan, lapor Astro AWANI.

Difahamkan, pesawat Jeju Air yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal ingin mendarat di lapangan terbang di selatan negara berkenaan, selepas melakukan penerbangan dari Thailand.

Setakat ini, dua orang ditemui selamat sewaktu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan.

Sementara itu, pihak berkuasa kini dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa di bahagian ekor pesawat berkenaan.

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh media tempatan, memaparkan kepulan asap hitam dan api yang sedang marak menyelebungi pesawat berkenaan.

Syarikat penerbangan Jeju Air memaklumkan pihaknya kini sedang menyemak laporan itu, kata jurucakapnya.

Sumber: Astro AWANI

BACA: Putin Hubungi Aliyev Berhubung Nahas Pesawat Azerbaijan Di Kazakhstan, Mohon Maaf

BACA: Mangsa Terselamat Kongsi Detik-Detik Sebelum Pesawat Terhempas

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.