Siakap Keli
Delta Airline
Kredit: @dailymail via TikTok

Cemas, Pesawat Penumpang Hampir Berlanggar Dengan Jet Peribadi

Cemas, Pesawat Penumpang Hampir Berlanggar Dengan Jet Peribadi

Minggu terakhir Disember menjadi antara minggu paling tragik dalam dunia aviasi apabila beberapa kemalangan udara yang meragut ratusan nyawa dilapor berlaku.

Pada 25 Disember, pesawat Azerbaijan airlines J2-8243 dilapor terhempas di Kazakhstan yang menyaksikan seramai 38 orang penumpang, termasuk kru maut.

Manakala pada 29 Disember, Jeju Air Flight 2216 yang berlepas dari Bangkok Thailand terlibat dalam kemalangan tragis ketika cubaan mendarat cemas tanpa gear pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan.

Insiden itu meragut 178 nyawa daripada 181 orang penumpang serta kru pesawat berkenaan.

Pesawat penumpang hampir berlanggar dengan jet peribadi

Manakala baru-baru ini, Dailymail berkongsi detik-detik cemas sebuah pesawat penumpang yang hampir bertembung dengan sebuah jet peribadi ketika mahu berlepas.

Insiden melibatkan pesawat milik Delta air itu berlaki di Lapangan Terbang Los Angeles pada Jumaat lepas dan berjaya dirakam menerusi satu siaran langsung seorang Youtuber, Kevin Ray.

Difahamkan ketika kejadian, Ray yang merupakan peminat dunia aviasi dan penjejak pesawat sedang merakam aktiviti penerbangan di lapangan terbang berkenaan.

Dalam rakaman tersebut, pengawal trafik udara turut kedengaran jeritan pengawal udara yang memberi arahan ”berhenti, berhenti, berhenti” sewaktu pelanggaran hampir berlaku, kira-kira jam 4:30 petang.

“Berhenti… berhenti… berhenti”

Ketika itu, pesawat Delta Air sedang meluncur di landasan utama untuk berlepas menuju ke Atlanta.

Manakala jet peribadi Embraer ERJ135 yang membawa pasukan bola keranjang lelaki Universiti Gonzaga baru sahaja mendarat beberapa minit lebih awal dan sedang bergerak untuk melintasi landasan berkenaan.

Jet peribadi itu dirakam terus berhenti sebaik sahaja menerima arahan daripada menara kawalan. Pesawat berkenaan kemudian diberi kebenaran untuk melintas selepas Delta Air selesai berlepas.

Insiden tersebut turut menarik perhatian Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) yang kini sedang menyiasat perkara berkenaan.

Sementara itu, laporan awal menunjukkan kedua-dua pesawat tidak terkesan dengan insiden tersebut dan tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Manakala pesawat Delta Air meneruskan penerbangannya tanpa sebarang masalah menuju Atlanta, kira-kira 4.31 petang.

BACA: Ipoh Tersenarai Antara Destinasi Asia Terbaik Untuk Dilawati 2025

@dailymail

This is the heart-stopping moment Delta airliner almost collided with a private jet on the runway at LAX in Los Angeles. 🎥 Airline Videos Live #news #plane #delta #flight

♬ Interstellar – Melodia Simples

Sumber: DailyMail UK, Sky News Australia

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.