Siakap Keli
ipoh destinasi asia
Gambar: BERNAMA

Ipoh Tersenarai Antara Destinasi Asia Terbaik Untuk Dilawati 2025

Ipoh Tersenarai Antara Destinasi Asia Terbaik Untuk Dilawati 2025

Setiap tahun, antara perkara yang pasti tidak terlepas daripada senarai untuk dilakukan sepanjang tahun adalah meluangkan masa bercuti.

Tidak kira percutian domestik atau melintas sempadan ke negara berbeza, bercuti adalah perkara yang disukai oleh setiap orang, kan?

Lebih-lebih lagi apabila keterujaan tersebut dapat dikongsikan bersama dengan orang tersayang seperti percutian yang dirancang bersama ahli keluarga atau sahabat terdekat.

Adakalanya pula, apa yang kita perlukan bukanlah percutian panjang. Namun hanya sebuah hujung minggu yang dirancang dengan rapi untuk ‘lari’ daripada tekanan kehidupan.

Percutian singkat ini dapat menenangkan fikiran dan berpisah seketika daripada masalah yang memberatkan kepala kita.

Biasanya, kita memang sudah ada lokasi istimewa ataupun weekand gateway yang hendak dituju setiap kali tiba hujung minggu.

Lokasi-lokasi ini pula tentu terletak dekat dengan tempat tinggal masing-masing dengan pemanduan mungkin sekitar 1-3 jam untuk sampai.

Ipoh dipilih sebagai 8 destinasi pelancongan terbaik Asia untuk dilawati pada tahun 2025

Baru-baru ini, portal TimeOut berkongsi senarai lapan bandar terbaik di Asia untuk dilawati pada tahun 2025.

Menariknya, Ipoh iaitu ibu negeri Perak turut tersenarai dan berada di tangga kelima dalam senarai tersebut.

Untuk makluman pembaca, Ipoh merupakan sebuah bandar yang kaya dengan sejarah, sering menjadi tumpuan pencinta seni dan pemburu kulinari seluruh negara.

Antara destinasi menarik yang boleh dikunjungi di Ipoh tersemasuklah Pasar Karat,  Old Town dan Lorong Seni Ipoh.

Selain itu, di Ipoh juga terletak pelbagai restoran dan gerai makanan yang menawarkan pengalaman kulinari menyeluruh bermula dari sarapan pagi sehinggalah makan lewat malam.

Berbalik kepada senarai yang dikeluarkan oleh TimeOut, Sumba di Indonesia mendahului senarai lokasi Asia terbaik untuk dilawati pada tahun depan.

Senarai berkenaan kemudian diikuti oleh Siargo (Filipina), Da Nang (Vietnam) dan Tainan (Taiwan) untuk kedudukan ke-2 hingga ke-4.

Osaka (Jepun) berada di tempat ke-6, manakala Nan (Thailand) dan Lijang (China) melengkapkan senarai lapan lokasi teratas.

Ng Kor Ming kongsi senarai berkenaan di laman X

Menerusi hantaran di laman X, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ng Kor Ming berkongsi kegembiraan atas pengiktirafan tersebut dengan memuat naik gambar SEA infografik mengenai pencapaian Ipoh.

“Selamat datang ke “Ini pekan orang hebat, Ipoh,” ujar hantaran itu.

Pengiktirafan ini dijangka meningkatkan populariti Ipoh sebagai destinasi pelancongan pilihan, bukan sahaja dalam kalangan pelancong domestik bahkan juga pelancong asing.

BACA: Penyakit Gusi Tingkatkan Risiko Masalah Jantung 

BACA: Serabut Semak Pelepasan Cukai, Ini ‘Step By Step’ Nak ‘Potong’ Cukai Sampai RM3,000

BACA: Pernah Disuruh Minta Sedekah, Pelukis OKU Buktikan Mampu Berdikari Cari Rezeki 

Sumber: TimeOut

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.