Siakap Keli
evergreen bonus 20 bulan
Gambar: AFP

Untung Banyak, Evergreen Bagi Kakitangan Bonus 20 Bulan

Untung Banyak, Evergreen Bagi Kakitangan Bonus 20 Bulan

Syarikat Marin Evergreen (EMC) sekali lagi dilapor memberi bonus hujung tahun yang sangat lumayan kepada kakitangannya.

Menerusi laporan TVBS, syarikat perkapalan antarabangsa yang berpangkalan di Taiwan itu mengagihkan bonus sebanyak 20 bulan pada Selasa.

Difahamkan, bonus luar biasa itu diberikan susulan syarikat tersebut mencatatkan keuntungan cemerlang sepanjang tahun lepas.

Bagi tempoh tiga suku pertama 2024, EMC merekodkan pendapatan disatukan sebanyak NT$347.756 billion (kira-kira RM47 bilion), iaitu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 67.98 peratus.

Syarikat itu juga berjaya mencapai pendapatan per saham (EPS) sebanyak NT$50.68  dan margin keuntungan sebanyak 39 peratus.

Evergreen beri bonus akhir tahun 20 bulan untuk kakitangan selepas syarikat catat untung lumayan

Berdasarkan keuntungan ini, kakitangan EMC juga berpeluang menikmati bonus tambahan sehingga NT$190,000.

Bagaimanapun, bonus tambahan ini hanya akan diumumkan selepas mesyuarat melibatkan pemegang saham berlangsung.

Jika seorang kakitangan EMC menerima gaji sekitar NT$60,000, bonus tambahan sebanyak NT$190,000 itu bersamaan kira-kira 3.1 bulan gaji.

Malah, bonus tambahan tersebut juga berpotensi untuk meningkat kepada empat bulan sekiranya mengambil kira keuntungan yang dicatatkan pada suku keempat 2024.

Menurut TVBS, pemberian bonus tinggi tersebut bukanlah suatu perkara yang baru.

Pada 2022, EMC memberikan bonus jauh lebih tinggi iaitu sebanyak 52 bulan kepada kakitangannya.

Antara syarikat perkapalan terbesar di dunia, beroperasi di banyak laluan perkapalan

Walaupun bonus yang diumumkan adalah luar biasa, namun ia tidak mengejutkan apabila mengambil kira status EMC sebagai salah sebuah syarikat perkapalan terbesar di dunia.

Selain mempunyai kedudukan yang kukuh dalam sektor penghantaran kontena, EMC turut menawarkan perkhidmatan logistik dan juga pengurusan pelabuhan.

Memiliki kapal-kapal kontena antara terbesar di dunia seperti Evergreen G-Class dan Ever Ace, EMC mengendalikan laluan perkapalan di seluruh dunia, termasuk Asia, Eropah, Amerika dan Afrika.

BACA: Pesawat Ini Berlepas Pada 2025, Mendarat Pada 2024

BACA: Hujan Berterusan Dijangka Landa Empat Negeri, 4-6 Januari Ini

BACA: Senarai Telefon Lama Ini Tak Boleh Guna Whatsapp Bermula 2025

Sumber: TVBS, Taiwan News

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.