Siakap Keli
Kanak-Kanak Maut Dipercayai Tersepit Celah Besi Meja Lipat
Sumber: Astro Awani

Kanak-Kanak Maut Dipercayai Tersepit Celah Besi Meja Lipat

Kanak-Kanak Maut Dipercayai Tersepit Celah Besi Meja Lipat

Seorang kanak-kanak perempuan, Nur Aqifah Humaira Abdullah, maut selepas dipercayai tersepit di celah besi meja lipat.

Menurut Astro Awani, kejadian dilaporkan berlaku di kediaman keluarga mangsa di Taman Seri Putera, Nibong Tebal, semalam.

Mangsa yang berusia enam tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar, Perak, pada Rabu.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 4.15 petang ketika mangsa sedang bermain sendirian di bahagian belakang rumah bandar (townhouse) yang disewa ibunya.

Ketika itu, ibu mangsa serta abang dan kakaknya, masing-masing berusia 10 dan 9 tahun, berada di rumah.

Namun, mereka hanya menyedari kejadian terbabit apabila tidak lagi mendengar bunyi daripada arah tempat mangsa bermain.

Jiran membantu membawa mangsa ke hospital, namun malangnya kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan.

Berikutan kejadian itu, pihak forensik dan pegawai penyiasat telah melakukan siasatan di lokasi.

Mayat mangsa dijadualkan untuk bedah siasat pagi ini di Hospital Parit Buntar.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

BACA: Polis Sahkan Terima Laporan Kematian Empat Individu Hadir Konsert Di Subang Jaya

BACA: Kerajaan Laksana Tempoh Percubaan Kod QR Di KLIA

BACA: Kebakaran Besar ‘Tahun Baharu’ Di Labuan Sebabkan 261 Hilang Tempat Tinggal

Sumber: Astro Awani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.