7 Negeri Diramal Hujan Lebat Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan satu Wilayah Persekutuan hingga jam 10 pagi ini.
Menurut METMalaysia, negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Melaka, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Bagi keseluruhan negeri di Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, djangka mengalami cuaca buruk itu.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.
“Selain itu, beberapa kawasan di Pahang juga diramal hujan seperti Raub, Bentong dan Temerloh.
“Di Selangor, empat daerah diramal hujan iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis),” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02pbtFMsZggFEywpHYxSwwHsQhF3HRWzizD67fVX9TwACk2DpmPkLGfXhFh1okUWBRl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
BACA: Lan Pet Pet Menangis Review “Dapur Bakar” Cawangan Ke-11 Tanpa Man Kulim
BACA: Beberapa Rumah Di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka Dinaiki Air Akibat Hujan Lebat