Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

9 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

9 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 2 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak.

Manakala di seluruh kawasan Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya juga diramal hujan.

"Di Kedah, daerah yang diramal hujan hanya di Kubang Pasu. Sementara di Perak pula melibatkan kawasan Kinta, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

"Selain itu, beberapa kawasan di Kelantan juga diramal hujan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

"Di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Temerloh, Maran dan Kuantan.

"Beralih ke Sarawak, ia termasuk Kuching dan Serian," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 2 pagi.
  • Amaran melibatkan sembilan negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan