Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kerajaan Tidak Sembunyikan Dokumen – Fahmi 

Hannah
Dokumen kerajaan
Gambar: BERNAMA

Kerajaan Tidak Sembunyikan Dokumen – Fahmi

PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) — Kerajaan tidak pernah menyembunyikan dokumen mengenai satu perintah yang membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi berkata beliau sebagai anggota Jemaah Menteri juga tidak pernah menerima, melihat atau dimaklumkan mengenai kewujudan dokumen berkenaan.

“Dokumen yang dimaksudkan itu sejujurnya tidak disorok. Saya sendiri sebagai Menteri Komunikasi tidak ada menerima, melihat atau dimaklumkan tentang dokumen terbabit, saya percaya perkara ini oleh sebab ia membabitkan Lembaga Pengampunan.

“Kita juga ambil maklum bahawa Mahkamah Rayuan telah memutuskan supaya kes ini diremit semula ke Mahkamah Tinggi. Maka kita perlu mengambil pandangan dan nasihat daripada Peguam Negara tentang beberapa perkara yang tidak akan memperjudiskan perjalanan kes tersebut,” katanya dalam sidang media Pasca-Mesyuarat Kabinet hari ini.

Ditanya sebab kerajaan mengambil masa lama untuk mengakui dokumen itu, Fahmi berkata: “Dalam hal ini kita berpandukan proses yang berlaku dalam mahkamah.

“Seperti yang Perdana Menteri jawab di Parlimen sewaktu sesi Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), kita tertakluk kepada prinsip subjudis maka kita akur dan patuh kepada prinsip itu dan proses di mahkamah itu diteruskan,” katanya.

Pada Isnin, Mahkamah Rayuan dalam majoriti 2-1 telah mengembalikan kes berkaitan dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen mengenai satu perintah yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah kepada Mahkamah Tinggi, untuk perbicaraan mengenai meritnya.

BACA: 1MDB: Najib Akui Kadangkala Boleh Buat Silap

BACA: Titah Adendum: Mahkamah Rayuan Mulakan Prosiding Dengar Permohonan Najib Kemuka Bukti Tambahan

BACA: Mahkamah Rayuan Kembalikan Permohonan Najib Berhubung Titah Adendum Ke Mahkamah Tinggi

Sumber: BERNAMA