Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

1MDB: Najib Akui Kadangkala Boleh Buat Silap

Hannah
Najib 1MDB
Gambar: BERNAMA

1MDB: Najib Akui Kadangkala Boleh Buat Silap

PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) — Walaupun berpengalaman luas dalam tadbir urus dan pendidikan berkualiti, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengakui di Mahkamah Tinggi bahawa beliau membuat keputusan mengenai langkah berkaitan kerajaan dengan penuh kesedaran, tetapi kadangkala boleh melakukan kesilapan.

Bekas perdana menteri berusia 71 tahun itu berkata kesilapan boleh berlaku jika sesuatu perkara disalah nyatakan, disalahmaklumkan atau diperdayakan.

Najib, selaku saksi pembelaan pertama memberi keterangan dalam perbicaraannya berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkata ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan).

“Ia bukan keputusan seorang individu. Apabila anda menjadi Perdana Menteri, anda bergantung kepada sokongan ramai orang. Jika orang yang betul menyokong anda, anda akan membuat keputusan yang betul.

“Dalam kerajaan seseorang tidak boleh dapat 100 peratus betul berdasarkan fakta. Kadangkala, mungkin anda tersilap menilai orang,” kata Najib, memetik contoh Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang menurutnya telah melalui beberapa pusingan perbincangan kumpulan fokus dengan pakar.

BACA: Perbicaraan 1MDB Ditangguh Lebih Awal Kerana Najib Tidak Cukup Tidur

Dia juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia bukan country bumpkin dan bahawa tahap kecerdasannya ‘ok-ok’.

Ahmad Akram: Seseorang dengan pendidikan seperti anda dan pengalaman luas anda dalam kerajaan, sehingga anda menjadi orang nombor satu dalam kerajaan, sukar bagi seseorang untuk memperdayakan anda.

Najib : Saya tidak bersetuju.

Terdahulu, ketika disoal oleh peguam utamanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Najib telah menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengarahkan ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low menjadi jurucakapnya untuk memberi arahan berhubung 1MDB, dan tidak pernah memberi kuasa kepada Jho Low untuk memainkan sebarang peranan dalam syarikat tersebut.

Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Sequerah memerintahkan Najib untuk membela diri, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Najib berhadapan 25 pertuduhan, termasuk empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan RM2.3 bilion dana 1MDB sebagai rasuah dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan disambung esok.

BACA: Titah Adendum: Mahkamah Rayuan Mulakan Prosiding Dengar Permohonan Najib Kemuka Bukti Tambahan

BACA: Mahkamah Rayuan Kembalikan Permohonan Najib Berhubung Titah Adendum Ke Mahkamah Tinggi

Sumber: BERNAMA