Siakap Keli
pak guard meninggal dunia
Kredit Gambar: Tribun Jabar

Pak “Guard” Meninggal Dunia Dalam Keadaan Sujud Di Surau Sekolah

Pak “Guard” Meninggal Dunia Dalam Keadaan Sujud Di Surau Sekolah

Indonesia — Seorang pengawal keselamatan dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan sujud di sebuah surau di Sekolah Menengah Kota Bogor, Jawa Barat pada Selasa.

Memetik TribunJabar, pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Nurdin itu disedari meninggal dunia oleh kakitangan sekolah berkenaan.

Mereka yang selesai menunaikan solat Zuhur ketika itu merasa pelik apabila melihat Nurdin yang tidak bangun semula selepas sujud.

BACA: Kematian Yang Dicemburui, Sukarelawan Meninggal Dunia Ketika Bantu Misi Banjir

Tidak lama kemudian, mereka memeriksa keadaan Nurdin dan mendapati bahawa dia telah meninggal dunia.

Fakta tersebut juga disahkan oleh polis berdasarkan keterangan saksi.

Sementara itu, dalam video yang tular, petugas kesihatan dilihat mengangkat jasad Nurdin untuk dibawa ke hospital. Mereka juga turut dibantu oleh kakitangan sekolah.

Setelah tiba di hospital, doktor mengesahkan bahawa Nurdin telah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Bogor Tengah, AKP Agustinus Manurung berkata Allahyarham disyaki meninggal dunia akibat penyakit jantung. Allahyarham juga telah dikebumikan di Ceremai Ujung, Daerah Bogor Utara, lapor Sindo News.

BACA: Kasih Seorang Nenek, Tekun Baca Yasin Untuk Cucu Tengah Duduki SPM

Khabar duka mengenai berita kematian Allahyarham membuatkan warga sekolah tersebut turut bersedih.

Kakitangan sekolah terbabit menerusi media sosial menukilkan ucapan pilu atas pemergian Nurdin dan mengucapkan takziah.

“Kami amat berduka cita atas kematian salah seorang ahli keluarga sekolah,  Nurdin Edi Suhadi. Semoga amal ibadah beliau diterima Allah SWT.

“Semoga keluarga yang ditinggalkan juga diberikan ketabahan,” katanya.

Ibu bapa pelajar turut merasai pemergian Nurdin

Bukan sahaja pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar juga dilihat mengenang budi pekerti Allahyarham semasa hayatnya.

Menurut salah seorang ibu pelajar, Rikha Kusam, Allahyarham sempat menyapa anaknya yang sedang bersenam. Tanpa disangka, sapaan mesra itu merupakan saat terakhir Allahyarham bersama pelajar sekolah terbabit.

“Insha Allah syurga untuk Pak Nurdin. Pagi tadi dia sempat menyapa anak saya dan kawan-kawannya yang sedang bersenam di padang, ternyata itu salam perpisahan,” katanya.

Sumber: TribunJabar, Sindo News

BACA JUGA: Lesap RM10k, Gadis Tak Sangka Giliran Mak Kena ‘Scam’ Dengan Cara Ni

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.