Siakap Keli
penunggang motosikal maut
Kredit: Bernama

Penunggang Motosikal Maut Langgar Lembu Berkeliaran

Penunggang Motosikal Maut Langgar Lembu Berkeliaran

TAMPIN, 8 Jan ( Bernama) — Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu berkeliaran di Kilometer 43 Jalan Tampin Gemas, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, mangsa warga Indonesia berusia 26 tahun itu merupakan tukang masak di sebuah kedai makan di Sungai Kelamah dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja.

BACA: Jasad Wanita Bersama Anak Baru Lahir Ditemui Tepi Jalan

“Tiba di lokasi kejadian, mangsa terlanggar seekor lembu yang berada ditengah jalan, lalu hilang kawalan dan terbabas jatuh di atas jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa berada di bahagian Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Lesap RM10k, Gadis Tak Sangka Giliran Mak Kena ‘Scam’ Dengan Cara Ni

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.