Jasad Wanita Bersama Anak Baru Lahir Ditemui Tepi Jalan
Jasad seorang wanita dilapor dijumpai terbaring di tepi jalan bersama seorang bayi lelaki dengan tali pusat belum dipotong di Kulai, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee berkata Balai Polis Kelapa Sawit menerima panggilan telefon daripada orang awam tentang penemuan terbabit di tepi Jalan Impiana 5, Taman Impiana Kelapa Sawit, kira-kira jam 8.15 pagi.
Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dan pasukan forensik IPK Johor kemudian segera menuju ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.
Wanita merupakan warganegara asing
Di sana, pihak polis menemui seorang wanita ditemui terbaring di tepi jalan bersama-sama seorang bayi lelaki dengan tali pusat belum dipotong.
Pegawai perubatan yang hadir ke lokasi kejadian mengesahkan kematian kedua-dua mangsa.
Tambah Seng Lee, hasil siasatan yang dijalankan mendapati wanita itu dipercayai adalah warga asing,
“Tiada sebarang kecederaan luaran ditemui pada kedua-dua mayat. Turut ditemui satu organ dipercayai uri berhampiran tempat mayat ditemui
“Kedua-dua si mati telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu untuk tujuan bedah siasat,” ujar beliau menerusi kenyataan.
Orang ramai diminta tampil untuk menyalurkan maklumat
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 316 Kanun Keseksaan, manakala jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda.
“Polis Daerah Kulai meminta mana-mana saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian utnuk tampil memberi maklumat di balai polis terdekat
“Orang ramai boleh hubungi pegawai penyiasat jenayah Insp. Arun Ramamoorthy di talian 013-3332385,” jelas Tan Seng Lee lagi.
BACA: Ini Sebab Kenapa Dah Tak Guna Skala Richter Untuk Sukat Gempa
https://www.facebook.com/polisdaerahkulai/posts/pfbid02RwYKJmL3kLDb1G1CxR1FeJ2jytSgD2hRXGbtW5cByk6GhzRzdhUWgVFdVn3Krgfjl
Sumber: Polis Daerah Kulai via Facebook