Siakap Keli
Shin Tae Yong pilih indonesia
Gambar: Instagram Shin Jae Won

Anak Shin Tae Yong Dedah Kenapa Bapanya Pilih Indonesia

Anak Shin Tae Yong Dedah Kenapa Bapanya Pilih Indonesia

Selepas bekas pemain Belanda, Patrick Kluivert diumumkan sebagai jurulatih baru Indonesia, anak bekas jurulatih sebelum ini Shin Jae Won menzahirkan rasa hiba terhadap nasib ayahnya Shin Tae Yong yang digugurkan daripada jawatan tersebut, lapor Stadium Astro.

Jae-won menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan faktor mengapa ayahnya memilih skuad Garuda sebagai destinasinya sebelum ini.

“Apabila ayah saya menerima tawaran untuk melatih Indonesia, keluarga saya bertanya mengapa dia memilih Indonesia dan dia berkata dia yakin dan saya sangat gembira kerana dia mahu membuktikannya dengan keputusan.

“Sekarang dia telah menarik diri daripada pasukan kebangsaan Indonesia, tetapi kini dia akan berehat dan meluangkan masa bersama kami di Korea, kembali cergas dan menyahut cabaran lain!

“Terima kasih ayah atas kerja keras kamu untuk bola sepak Indonesia selama 5 tahun. Terima kasih banyak peminat bola sepak Indonesia atas sokongan dan kasih sayang anda yang berterusan.

“Keluarga kami mendapat banyak kekuatan terima kasih kepada peminat kami. Terima kasih,” kongsinya dalam hantaran tersebut.

Gambar: Instagram Shin Jae Won

Bekas jurulatih Garuda itu sebelum ini berjaya membawa Indonesia mara secara merit ke Piala Asia Arab Saudi 2027 dan sedang menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

https://www.instagram.com/p/DEkL8wtzX6M/?utm_source=ig_embed&ig_rid=a2e4164a-f71d-4574-89e3-2d6d8cbf5eb1&img_index=3

Pada Isnin lalu, Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) secara rasmi memecat jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae Yong.

Pemecatan Tae Yong diumumkan oleh Presiden PSSI, Erick Thohir dalam satu sidang media di Jakarta.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pimpinan Tae Yong selama ini.

“Hubungan saya dengannya sangat baik, dan kita lakukan yang terbaik untuk program-program yang diinginkan.

“Namun, sudah ditentukan organisasi pasukan Kebangsaan, yang perlu diberikan perhatian khusus dalam penilaian kami.

“Kami melihat keperluan jurulatih yang boleh menerapkan strategi yang boleh diterapkan pada setiap pemain, komunikasi  dan pelaksanaan yang lebih baik,” katanya.

Shin Tae Yon telah ditamatkan kontraknya walaupun masih mempunyai kontrak bersama PSSI hingga 2027.

Sumber: Stadium Arena

BACA: Pemain Man United Takut Nak ‘Fight’ Liverpool – Amorim

BACA: Perlawanan Liverpool vs United Berisiko Ditunda

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.