Honda Lancarkan Honda Civic Baharu Facelift 2025
Subang Jaya, 9 Januari 2025 – Honda Malaysia (atau Syarikat) hari ini secara rasmi melancarkan Civic Baharu, menandakan langkah kemajuan yang menarik dalam segmen sedan C. Pelancaran ini memperkenalkan teknologi canggih seperti Google Built-In, kemas kini reka bentuk yang berani, serta prestasi hibrid termaju daripada Honda. Civic Baharu menggabungkan ciri-ciri maju dengan warisan Honda dalam reka bentuk dan kejuruteraan yang unggul.
Encik Hironobu Yoshimura, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia berkata, “Kami menutup tahun 2024 dengan pencapaian cemerlang apabila jualan melebihi 81,600 unit. Dengan pencapaian ini, kami berbangga mengumumkan bahawa kami mengekalkan kedudukan teratas dalam Segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional selama 11 tahun berturut-turut. Sehingga Disember 2024, Civic menguasai 81% pasaran dalam Segmen C Bukan Nasional, mencerminkan kepercayaan dan sokongan kukuh daripada pelanggan kami. Kami memulakan tahun ini dengan pandangan yang positif melalui pengenalan Civic Baharu yang akan membawa legasi ini ke tahap seterusnya dengan rangkaian kuasa yang canggih dan sambungan lancar, menjadikan setiap pemanduan satu pengalaman luar biasa.”
Civic Baharu menyerlahkan kehadiran yang dinamik di jalan raya dengan elemen reka bentuk yang tersendiri. Varian e:HEV RS menampilkan sambungan gril hadapan dan hiasan gril bawah berwarna badan, dipadankan dengan roda aloi Matte Grey 18 inci yang gagah. Sementara itu, varian Petrol RS mempunyai aksen gril berwarna hitam untuk penampilan sporty. Semua varian dilengkapi dengan sambungan lampu belakang hitam yang bergaya, manakala varian RS menerima emblem RS baharu.
Di bawah hud, dua jenis rangkaian kuasa canggih memastikan pengalaman pemanduan yang unggul. Varian e:HEV RS dilengkapi dengan rangkaian kuasa 2.0L e:HEV, menghasilkan kuasa maksimum 184PS dan tork 315Nm, digabungkan dengan Transmisi Berterusan Elektrik (e-CVT) yang menawarkan prestasi dan kecekapan hibrid yang tiada tandingan. Varian Petrol RS pula menggunakan enjin 1.5L VTEC Turbocharged yang menghasilkan kuasa maksimum 182PS dan tork 240Nm, memberikan keseronokan dan keterujaan pemanduan.
Bahagian dalaman Civic Baharu mendefinisikan semula keselesaan dan kehalusan dengan pelbagai penambahbaikan baharu dalam segmen ini. Google Built-In membolehkan pengguna menggunakan Google Assistant untuk kawalan bebas tangan, navigasi masa nyata melalui Google Maps, dan akses kepada pelbagai aplikasi melalui Google Play, memastikan pengalaman yang bersambung dan diperibadikan. Varian e:HEV RS menampilkan sisipan warna merah serta corak upholsteri kulit kombinasi yang diperbaharui, menyerlahkan gaya sporty dan elegan.
Pemandu juga boleh menikmati pemanduan lancar dengan kemas kini trafik masa nyata dan mengawal penyaman udara melalui Google Assistant tanpa mengalihkan pandangan dari jalan raya. Semua varian dilengkapi dengan sistem Paparan Audio Maju 9 inci dengan sambungan Apple CarPlay™ dan Android Auto™ tanpa wayar, bersama port USB Type-C untuk pengecasan pelbagai guna. Varian RS turut menawarkan pengecas tanpa wayar untuk kemudahan tambahan. Varian e:HEV RS dilengkapi dengan Meter TFT 10.2 inci dan kad kunci eksklusif, meningkatkan pengalaman pemilikan.
Dari segi keselamatan, Honda SENSING hadir sebagai ciri standard bagi semua varian, menawarkan teknologi berikut:
- Low Speed Follow (LSF)
- Lead Car Departure Notification System (LCDN)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Lane Keep Assist System (LKAS)
- Road Departure Mitigation (RDM)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Auto High Beam (AHB)
Honda CONNECT ialah sistem integrasi telefon pintar yang canggih, kini menjadi ciri standard untuk semua varian. Inovasi ini mentakrifkan semula kemudahan, keselamatan, dan sekuriti melalui ciri sambungan pintar. Fungsi baharu Light & Horn menyediakan cara praktikal untuk mencari kenderaan atau memberi isyarat kepada individu berhampiran apabila diperlukan. Dengan pemberitahuan kenderaan proaktif dan pengurusan data yang dipertingkatkan, Honda CONNECT menawarkan sambungan yang lebih pintar dan memberikan ketenangan fikiran yang lebih besar.
Direka bentuk untuk prestasi optimum dalam mengurangkan Bunyi, Getaran, dan Kekasaran (Noise, Vibration, and Harshness – NVH), Civic e:HEV RS Baharu menggabungkan Active Noise Control (ANC) dan Active Sound Control (ASC) bagi mengurangkan bunyi luaran secara berkesan sambil meningkatkan bunyi enjin, memberikan pengalaman pemanduan yang tenang tetapi memuaskan. Ciri-ciri tambahan lain termasuk Honda LaneWatch, Kamera Pandangan Belakang Pelbagai Sudut, Walk Away Auto Lock, Remote Engine Start, dan Driver Attention Monitor.
Civic Baharu menawarkan lima pilihan warna menarik kepada pelanggan. Buat pertama kali, warna Canyon River Blue Metallic diperkenalkan untuk model Civic, melengkapi barisan warna Platinum White Pearl1, Ignite Red Metallic1, Meteoroid Gray Metallic, dan Crystal Black Pearl. Di samping itu, Civic Baharu dilengkapi dengan Filem Solar dan Keselamatan standard, memberikan keselesaan dan keselamatan dengan tint prapasang yang mudah dan bebas masalah.
Honda Malaysia mensasarkan jualan bulanan sebanyak 1,000 unit dan berhasrat untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam segmen C Bukan Nasional.
Untuk maklumat lanjut mengenai Civic Baharu atau untuk menjadualkan pandu uji, sila kunjungi mana-mana daripada 103 pengedar sah Honda Malaysia di seluruh negara, hubungi talian bebas tol di 1-800-88-2020, atau layari www.honda.com.my.