Utama

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Cara Guna MyBorderPass Untuk Lepas Pemeriksaan Imigresen di KLIA
Bermula Januari 2025, warganegara Malaysia yang mengembara kini diwajibkan untuk memuat turun aplikasi MyBorderPass. Ini bertujuan untuk pengembara mendaftarkan maklumat perjalanan mereka dengan menggunakan sistem kod QR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Setelah aplikasi dimuat turun, pengembara perlu melalui proses pengesahan wajah, sama ada sebelum memulakan perjalanan atau semasa ketibaan. Seperti yang dimaklumkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam hantaran media sosial mereka.
Muat turun aplikasi MyBorderPass melalui App store atau Google Play.
Daftar masuk dalam aplikasi tersebut.
Gunakan kod QR dan pengesahan wajah untuk pelepasan.
Sistem baharu ini dijanjikan akan memudahkan proses perjalanan rakyat Malaysia di KLIA, dengan masa pelepasan yang lebih pantas dan efisien. Ianya dapat membantu mengurangkan masa pelepasan daripada 15-25 saat kepada hanya 5-7 saat.
Pengembara Malaysia perlu muat turun applikasi MyBorderPass bagi pelepasan Imegresen menggunakan kod QR
Memetik laporan Astro Awani, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pada peringkat percubaan ini, sistem ini hanya tersedia di 40 lorong khas di kedua-dua Terminal 1 (T1) dan Terminal 2 (T2) KLIA. Pengenalan ciri ini dilihat sebagai penyelesaian kepada masalah kesesakan di pintu masuk imigresen Malaysia, terutamanya semasa waktu puncak seperti musim perayaan.
BACA : Ini Antara Kereta Paling Jimat Minyak Dalam Pasaran
Meskipun pelepasan imigresen menggunakan QR melalui aplikasi MyBorderPass telah diperkenalkan, kemudahan kaunter manual dan sistem autogate konvensional masih terus tersedia dan boleh digunakan seperti biasa.
Jabatan Imigresen juga memberi jaminan bahawa penggunaan kod QR dan pengesahan wajah tidak akan menjejaskan keselamatan negara, khususnya melibatkan pergerakan warga asing keluar masuk negara.
Walaupun pasport adalah dokumen utama, penggunaan MyBorderPass kini menjadi langkah tambahan yang wajib bagi mempercepatkan proses pelepasan imigresen. Pastikan aplikasi ini dimuat turun dan didaftarkan sebelum perjalanan untuk memastikan anda dapat menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan cepat, tanpa sebarang masalah di pintu imigresen.