Siakap Keli

Perodua Bezza Kereta Paling Hangat 2024

Berdasarkan data.gov.my, Perodua Bezza kekal sebagai model kereta paling hangat untuk tahun 2024.
Ini tahun kedua berturut-turut Perodua Bezza memegang gelaran ini selepas merampasnya dari Perodua Myvi pada tahun 2023.
 
Untuk rekod tahun 2024, sebanyak 100,814 unit didaftarkan dan ini adalah lebih banyak berbanding tahun 2023 iaitu hanya 89,265 yang didaftarkan.
 
Tempat kedua adalah Perodua Axia (88,137) dan ketiga Perodua Myvi (72,214). Jenama Proton paling hangat ialah Proton Saga dengan 69,863 unit didaftarkan.
Toyota pula menjadi jenama kereta bukan nasional paling hangat bagi tahun 2024 dengan 127,202 unit didaftarkan untuk semua model.
Diikuti Honda dengan 85,273 unit dan ketiga, jenama dari China, Chery dengan 19,687 unit didaftarkan sepanjang tahun 2024 untuk semua model.
Secara keseluruhan, Perodua mendaftarkan 358,100 unit sepanjang tahun 2024 bagi kesemua model dan Proton pula mendaftarkan 147,587 unit.
Perodua Bezza Kereta Paling Hangat 2024
Sumber: DATA GOV

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.