Dua Negeri Dijangka Alami Hujan Lebat Berterusan Tahap Bahaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada, buruk dan bahaya sehingga 12 Januari. Amaran ini melibatkan enam buah negeri.
Menerusi amaran yang dimuat naik di laman Facebook, beberapa kawasan di Johor dan Pahang menerima amaran hujan berterusan pada tahap bahaya. Di Johor, kebanyakan kawasan menerima amaran ini termasuk daerah Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Pontian. Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru turut tersenarai. Manakala di Pahang, hanya daerah Rompin disenaraikan terlibat.
Sementara itu, beberapa kawasan lagi di Johor dan Pahang menerima amaran hujan berterusan pada tahap buruk. MetMalaysia menyenaraikan daerah Tangkak, Segamat dan Muar di Johor. Begitu juga daerah Bera dan Pekan di Pahang.
BACA: Elak Terbeli Yang Lama, Lelaki Kongsi Rahsia Ibunya Pilih Ayam Segar
Menerusi muat naik yang sama, jabatan tersebut turut mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada yang melibatkan seluruh negeri Melaka.
Keadaan di Terengganu menunjukkan daerah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman bakal mengalami cuaca buruk tersebut. Begitu juga di Pahang, daerah Jerantut, Maran dan Kuantan turut tersenarai dalam amaran tahap waspada ini.
Selain itu, daerah Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan juga bakal mengalami keadaan hujan berterusan hujung minggu ini.
Beralih ke Sarawak, daerah yang disenaraikan oleh MetMalaysia termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.
Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihat agar mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak berada di lokasi berisiko ketika cuaca buruk.
BACA: Menteri Agama Sambut Baik Pembuatan Semula Video TMM 2026
BACA: 1,211 Gempa Susulan Dikesan Selepas Gempa Bumi Berukuran 6.8 Magnitud Xizang
BACA: Elak Terbeli Yang Lama, Lelaki Kongsi Rahsia Ibunya Pilih Ayam Segar