Siakap Keli
pilih ayam segar
Kredit: Akau Hafidzullah

Elak Terbeli Yang Lama, Lelaki Kongsi Rahsia Ibunya Pilih Ayam Segar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Elak Terbeli Yang Lama, Lelaki Kongsi Rahsia Ibunya Pilih Ayam Segar

Kebiasaannya kita apabila ke pasar pagi sudah tentu bersama niat ingin membeli bahan mentah yang segar dan elok kejadiannya. Pasar pagi sudah sememangnya diketahui satu tempat jual beli yang menawarkan sayur segar, ikan yang baru naik dari laut, malah ayam dan daging lembu yang baru sahaja disembelih.

Namun, tidak dapat dinafikan, dalam banyak-banyak bahan mentah yang ditawarkan, sebagai pembeli kita juga masih perlu tahu cara untuk memilih bahan mentah yang segar. Kadang-kala, ada juga bahan mentah yang tidak habis dijual beberapa hari lalu dicampur bersama yang baru tiba pagi tadi.

Pelbagai tip dan panduan pernah dikongsikan orang ramai bagi memilih telur, sayur dan buah. Jarang sekali untuk kita tahu cara memilih ayam segar. Jadi kali ini, SK kongsikan kepada anda cara mudah pilih ayam segar menurut seorang pengguna Facebook, Akau Hafidzullah.

Ikuti perkongsian di bawah ini.

Dulu-dulu setiap kali mak ajak ke pasar, aku mesti buat muka. Sebab kalau lalu kat gerai ayam tu bau dia kuat sangat, sampai rasa nak tutup hidung. Tapi mak aku selamba je berdiri depan gerai sambil pilih-pilih ayam.

Satu hari aku tanya, “Mak, macam mana mak tahu ayam ni elok ke tak? Semua nampak lebih kurang sama je.”

Mak cakap, “Kalau nak pilih ayam kena tengok dua benda.”

Dia pegang seekor ayam yang kakinya masih tegak ke atas.

“Tengok kaki dia dulu. Kalau kaki ayam tu tegang macam ni, itu tanda ayam baru sembelih.

“Kalau lembik, itu tanda ayam dah lama. Sebab apa? Ayam segar otot dia masih anjal dan tegang.”

Lepas tu, mak tunjuk kulit ayam yang cerah dan bersih.

“Kulit pun kena tengok jugok. Kalau kulit cerah, putih kuning, maksudnya ayam tu segar. Kalau nampak kusam jah, ada kesan lebam, atau berlendir, itu ayam lama. Takyah ambiklah.”

Aku angguk je masa tu, tapi bila dah besar, tips ni jadi panduan wajib aku setiap kali ke pasar.

Baru-baru ni, masa tengah pilih ayam kat pasar, ada saudara sebelah tanya, “tengok ape bang lame-lame kat ayam tu?”

Aku jawab, “Tengah pilih ayam bang. Kena pilih yang elok-elok sikit.”

“Oh ada cara ke nak pilih ayam segar? Selalu main ambil je ayam ni.” Saudara tu teruja nak tahu.

Aku senyum sambil kongsi tip mak.

“Kena tengok, tengok kaki dulu, mesti tegang. Lepas tu tengok kulit, cerah dan bersih. Itu tanda ayam segar.”

Saudara tu terus angguk-angguk sambil pilih ayam ikut tip tu. Kadang benda kecil macam ni nampak remeh, tapi penting untuk pastikan keluarga kita makan makanan yang terbaik.

BACA: Jadi Maskot TMM 2026, Ini Fakta Mengenai Beruang Matahari

Sumber: Akau Hafidzullah

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: