Siakap Keli
Hock Kee Lakar Sejarah Dengan Penubuhan Outlet Ke-10 Di Bukit Bintang City Centre
Gambar Hiasan

Hock Kee Lakar Sejarah Dengan Penubuhan Outlet Ke-10 Di Bukit Bintang City Centre

Hock Kee Lakar Sejarah Dengan Penubuhan Outlet Ke-10 Di Bukit Bintang City Centre

Kuala Lumpur, Malaysia, 10 Januari 2025 – Hock Kee Group berbesar hati mengumumkan pembukaan cawangan ke-10 mereka yang bertempat di Bukit Bintang City Centre (BBCC), sebuah destinasi meriah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Terkenal dengan gabungan kemodenan dan budayanya yang unik, BBCC menawarkan suasana yang sempurna untuk Hock Kee terus berkongsi citarasa asli Malaysia.

Pencapaian ini amat bermakna kerana ia menandakan kerjasama ketiga Hock Kee bersama EcoWorld, selepas pembukaan cawangan ke-9 mereka baru-baru ini di Eco Botanic, Johor dan cawangan ke-8 di Sanctuary Mall, Klang. Sebagai tanda penghargaan, Hock Kee berbesar hati menawarkan diskaun sebanyak 8% ke atas jumlah bil untuk kakitangan EcoWorld. Kami amat berterima kasih kepada EcoWorld di atas sokongan dan perkongsian berterusan mereka, di samping kami bekerjasama untuk membawa kegembiraan kepada komuniti EcoWorld dan orang ramai di wilayah dinamik ini. Kami berbesar hati kerana Dato’ Chang Khim Wah, Pengarah Eksekutif, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif EcoWorld Malaysia, turut bersama kami sebagai tetamu bagi upacara memotong reben bagi meraikan majlis yang penuh bermakna ini.

Membuka cawangan ke-10 ini bukan sekadar angka kerana pada kami, ia adalah bukti kepercayaan dan kasih sayang yang ditunjukkan pelanggan setia kami selama ini. “Pencapaian ini mengingatkan kami untuk terus melakukan yang terbaik, dengan hati dan keikhlasan dalam setiap perkara yang kami lakukan,” kongsi Nick Ng, pengasas Hock Kee. “Sementara ini adalah detik yang membanggakan, kami akan terus melangkah satu tapak ke hadapan dalam perjalanan yang mengujakan ini.”

Di samping meraikan lakaran sejarah ini, kami juga teruja untuk berkongsi kegembiraan Hock Kee melalui rangkaian cenderamata kami yang direka dengan teliti serta barangan perayaan. Daripada menu ikonik kami iaitu “福氣咖啡” (Kopi Hock Kee) dan “福氣白咖啡” (Hock Kee White Coffee), kini ia bertambah kepada pan mee yang ditarik menggunakan tangan dan snek kulit ikan rangup yang baharu sahaja dilancarkan. Hidangan istimewa ini lebih daripada sekadar produk kerana ia adalah lanjutann daripada kemesraan dan tradisi yang ingin kami bawa ke setiap meja.

 

Tahun ini, kami juga memperkenalkan pelbagai pilihan biskut Tahun Baru Cina, daripada perisa klasik sehingga inovatif, yang boleh didapati di cawangan Hock Kee. Memandangkan pemberian hadiah semasa sambutan Tahun Baharu Cina adalah tradisi yang dihargai dalam budaya kaum Cina, hidangan ini menjadi hadiah yang bermakna dan menyentuh hati untuk orang tersayang. Sama ada sebagai hadiah perayaan atau tanda penghargaan, ia dibuat dengan hati dan keikhlasan, sama seperti makanan kami.

Walaupun cawangan ke-10 adalah upacara bersejarah, kami tetap komited untuk kekal berpegang pada asal-usul kami, menyajikan citarasa Malaysia yang paling tulen, dan terus menambah baik dalam apa segala yang kami lakukan. Terus mahu memberikan yang terbaik pada masa akan datang, Hock Kee juga merancang untuk berkembang di peringkat antarabangsa dengan memperkenalkan citarasa uniknya kepada khalayak global. Untuk maklumat lanjut, kekal berhubung dengan laman web rasmi Hock Kee Kopitiam.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: