Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Gunung Ibu Indonesia Meletus
Gambar: BNPB

Gunung Ibu Di Indonesia Meletus, Orang Ramai Digesa Jauhi Zon Bahaya 

Iqbal Yasir

Gunung Ibu Di Indonesia Meletus, Orang Ramai Digesa Jauhi Zon Bahaya

JAKARTA, 12 Jan (Bernama) — Gunung Ibu di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus pada Sabtu, memuntahkan awan yang mengandungi abu setinggi 4,000 meter dari puncaknya, sekali gus mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada orang ramai.

Letusan yang berlaku di daerah Halmahera Barat pada 7.35 malam waktu tempatan Sabtu itu berlangsung kira-kira tiga minit lima saat, mengeluarkan abu tebal serta awan gelap ke arah barat dan memuntahkan lava sejauh dua kilometer (km) dari kawah gunung berapi itu.

Pihak berkuasa telah melarang semua aktiviti awam, termasuk mendaki dalam radius empat kilometer dari gunung berapi itu dan zon sejauh 5.5 km ke arah utara dari kawah aktif.

“Bagi menjangkakan potensi bahaya, penduduk digesa memakai pelitup muka dan pelindung mata seperti cermin mata,” kata jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Abdul Muhari dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pihak berkuasa tempatan juga diminta berkoordinasi dengan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) untuk pengurangan risiko.

Aktiviti gunung berapi itu kekal pada tahap III, atau “berjaga-jaga,” kerana letusannya telah berubah-ubah sejak Jun 2024, dengan beberapa hari mencatatkan sehingga 70 letusan.

Terdahulu pada Jumaat, gunung berapi itu meletus dua kali, menghamburkan awan mengandungi abu setinggi 3,000 meter ke udara, dengan awan abu bergerak ke arah selatan dan tenggara.

Menurut PVMBG, letusan seperti itu adalah fenomena biasa bagi Gunung Ibu berdasarkan tahap aktivitinya ketika ini. Orang ramai dinasihatkan supaya terus berwaspada dan mengelak daripada terpengaruh dengan maklumat palsu.

Sumber: BERNAMA