Siakap Keli
Tiga maut banjir
Gambar: JPBM

Tiga Maut, Kereta Terbabas Masuk Kolam Takungan Banjir

Tiga Maut, Kereta Terbabas Masuk Kolam Takungan Banjir

Tiga lelaki maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas masuk ke dalam kolam takungan banjir di Ladang YPJ, Ulu Sedili di Kota Tinggi, Johor, petang semalam.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Lee Choy Yeow (49), Leong Kon Fatt (72) dan seorang lagi mangsa, Lee Fook Wan, yang umur beliau tidak dapat disahkan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Shawaluddin Ami Nordin, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada jam 4.40 petang.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) ke tempat kejadian berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan terbabas dan masuk ke kolam takungan banjir.

“Terdapat tiga mangsa terlibat yang mana seorang mangsa telah ditemui dan dua lagi masih hilang ketika itu. PKO membuat kaedah mencari dipermukaan di sekitar kawasan.

“Manakala operasi selamatan dilakukan oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dengan menggunakan kaerah ‘sweeper’ dan ‘focus point’.

“Mangsa kedua ditemui lebih kurang jam 11.10 malam dan mangsa ketiga dijumpai satu jam kemudian oleh pasukan PPDA,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, operasi menyelamat berakhir sepenuhnya pada jam 12.40 tengah malam.

BACA: Lima Sekeluarga Maut Kereta Bertembung Dengan MPV Di Jalan Nenasi-Rompin

BACA: Dua Maut, Seorang Cedera Kemalangan Tiga Motosikal Di Tanah Merah

BACA: Tujuh Maut, 33 Cedera Dalam Kemalangan Di KM204 Plus Arah Utara

Sumber: Astro Awani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.