Siakap Keli
Gambar: JAKIM

JAKIM Beri Penjelasan Isu Produk Sandwich Diragui Tanda Halal

JAKIM Beri Penjelasan Isu Produk Sandwich Diragui Tanda Halal

KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk ‘Ham and Cheese Sandwich’ tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini di laman rasmi X (Twitter).

Ia susulan Bahagian Pengurusan Halal JAKIM menerima banyak pertanyaan di media sosial berkenaan produk berkenaan yang diragui status halal.

“Untuk makluman, JAKIM telah melaksanakan pemeriksaan di lapangan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari 2025 (Jumaat) yang lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati bahawa produk berkenaan tidak mempunyai SPHM dan syarikat yang menghasilkan produk tersebut bukan pemegang SPHM.

“Oleh itu, tindakan pihak syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta perihal Dagangan 2011 (Akta 730) 2011 dan tindakan undang-undang telah diambil KPDN,” maklum JAKIM dalam kenyataan tersebut.

JAKIM menasihatkan pengguna supaya sentiasa menyemak status halal sesuatu produk melalui Portal Halal Malaysia atau aplikasi Verify Halal dan pastikan produk itu telah dipersijilkan halal oleh pihak yang berautoriti.

https://x.com/MyJAKIM/status/1878717864414527976

Sumber: X @JAKIM

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: