Siakap Keli
lelaki hilang dibawa arus sungai
Gambar: Bernama

Lelaki Hilang Selepas Dibawa Arus Semasa Berenang Menyeberang Sungai

Lelaki Hilang Selepas Dibawa Arus Semasa Berenang Menyeberang Sungai

SIBU, 13 Jan (Bernama) — Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan berkata kejadian berlaku sekitar pukul 1.50 tengah hari semasa Mohamad Hamizan Reduan dalam perjalanan pulang ke rumahnya, apabila dia hilang selepas dihanyutkan arus deras sungai.

Satu pasukan melibatkan 11 anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit telah digerakkan ke lokasi menggunakan sebuah kenderaan utiliti dan dua bot penyelamat untuk mengesan lelaki itu.

Sementara itu dua pusat perpindahan sementara telah dibuka di Kanowit hari ini berikutan kejadian banjir, dengan 40 orang berlindung di pusat berkenaan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Mungkin Tak Ada Sistem Air Di Dunia Dapat Tangani Api Kebakaran Los Angeles

BACA: JAKIM Beri Penjelasan Isu Produk Sandwich Diragui Tanda Halal

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: