Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
sistem air kebakaran los angeles
Gambar: AFP

Mungkin Tak Ada Sistem Air Di Dunia Dapat Tangani Api Kebakaran Los Angeles

Athirah

Mungkin Tak Ada Sistem Air Di Dunia Dapat Tangani Api Kebakaran Los Angeles

Api kebakaran di Los Angeles (LA) di Amerika Syarikat dilapor kian marak dan pasukan penyelamat berdepan kesulitan untuk mengawal keadaan.

Situasi tersebut diakui sendiri oleh pakar sumber air Universiti California, Greg Pierce kepada portal berita CNN, hari ini.

“Saya tidak tahu jika ada mana-mana sistem air di dunia yang bersedia untuk berdepan dengan bencana yang sedang melanda LA ketika ini,” katanya.

Walaupun pihak berkuasa sedang bertungkus-lumus mengawal kebakaran, tinjauan yang dibuat oleh CNN mendapati situasi kini turut menimbulkan persoalan terbaru.

Antara yang dibangkitkan, adakah langkah-langkah yang diambil selama ini sudah cukup untuk mengawal kemusnahan atau situasi yang sedang melanda LA ini merupakan norma baharu bencana yang diakibatkan oleh perubahan iklim.

Pakar anggap mungkin tak ada sistem air di dunia mampu tangani kebakaran Los Angeles

Pakar-pakar perubahan cuaca yang ditemubual oleh CNN berkata, gabungan angin kencang, keadaan kering luar biasa dan kebakaran berturut-turut di lokasi bencana menjadi punca kemusnahan teruk tidak dapat dielakkan.

Manakala pegawai-pegawai di agensi pentadbiran daerah dan bandar LA pula menyifatkan kebakaran yang sedang berlaku ini sebagai ‘badai yang sempurna’.

Situasi turut diburukkan dengan tiupan angin kencang yang mencapai kelajuan kira-kira 160 kilometer sejam (km/j) dicatatkan di lokasi bencana.

Gabungan beberapa keadaan itu menyebabkan operasi memadam kebakaran menggunakan pesawat yang sangat-sangat diperlukan turut terjejas.

Sementara itu, Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass berjanji pihaknya akan melakukan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti punca bencana teruk yang melanda bandar tersebut.

Salah satu aspek yang dijangka akan menjadi tumpuan penyiasat adalah pengurusan air dan peranannya untuk memadamkan kebakaran.

Bomba mengadu berdepan dengan masalah tekanan sistem hidrant

Menurut CNN, anggota bomba yang bertugas di lapangan untuk memadam kebakaran mengadu mereka berdepan dengan masalah kehilangan tekanan sistem hidrant.

Tekanan hidrant merujuk kepada sistem pemadam kebakaran yang bertindak sebagai terminal air.

Malah, ada anggota bomba mengadu bahawa beberapa sistem hidrant turut kekeringan air.

Walaupun sistem hidrant berfungsi sepenuhnya, ia belum tentu dapat membantu anggota penyelamat memadam kebakaran seperti yang melanda LA ketika ini.

Lebih-lebih lagi dalam situasi dimana operasi memadam kebakaran melalui udara seperti helikopter dan pesawat tidak dapat dijalankan akibat tiupan angin kuat.

Begitupun pakar berpendapat, sistem hidrant yang berfungsi sepenuhnya masih dapat mengurangkan kerosakan yang berlaku.

Ia mungkin dapat digunakan untuk menyelamatkan rumah-rumah yang sedang terbakar atau mengawal api kebakaran kecil yang berlaku di lokasi-lokasi tertentu.

BACA: Sunting Guna AI, Cikgu ‘Hidupkan’ Cita-Cita Anak Murid

Sumber: CNN