Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Penyokong Man United Ini 'Mungkin' Dapat Potong Rambut Esok
Peminat tegar Manchester United, Frank Ilett berkemungkinan dapat memotong rambutnya selepas hampir 500 hari, setelah berikrar pasukan kesayangan memenangi lima perlawanan berturut-turut pada 2024.
Selepas mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut terhadap Tottenham pada Sabtu lalu, The Red Devils kini hanya perlu meraih satu kemenangan sebelum Ilett dapat merapikan rambutnya yang kian memanjang.
Selepas Ruben Amorim dipecat oleh pengurusan kelab, Michael Carrick mengambil alih tugas jurulatih dari Portugal itu sebagai pengurus interim United.
Bersama United, Carrick berjaya menambat hati peminat selepas membawa prestasi kelab itu pada tahap yang memberangsangkan.
Kemenangan terbaru membolehkan The Red Devils melonjakkan peluang untuk kembali beraksi di pentas Eropah musim depan.
Bagaimanapun, perlawanan menentang West Ham awal pagi esok bakal menjadi penentuan buat lelaki itu sama ada dapat memotong rambut atau sebaliknya.
Pada 5 Oktober 2024, Ilett yang merupakan peminat setia kelab itu mengambil keputusan untuk berikrar di media sosial bahawa dia tidak akan memotong rambutnya selagi pasukan itu tidak menang lima perlawanan berturut-turut.
Ia susulan prestasi kelab yang berada pada tahap buruk.
Sehingga kini, Ilett meraih lebih 1.2 juta pengikut di akaun Instagram @theunitedstrand setakat 10 Februari 2026.
Lelaki itu semakin mencuri tumpuan seiring dengan berlalunya masa, dengan rambutnya yang semakin panjang. Malah "penderitaannya" itu turut mendapat perhatian pemain United.