Senarai Calon Berpotensi Jadi Jurulatih Baharu Manchester United
Bola sepak dunia hari ini dikejutkan dengan pemecatan jurulatih Manchester United, Ruben Amorim.
Sementara itu, bekas pemain tengah United, Darren Fletcher kini mengambil alih sebagai jurulatih interim kelab berkenaan yang dijangka sehingga penhujung musim.
Dalam sidang media sebelum ini, selepas perlawanan Leeds United yang berakhir seri 1-1, Amorim menyindir pegawai kanan United, menyatakan beliau mahu bekerja sebagai “pengurus, bukan jurulatih” dan bersedia untuk meninggalkan kelab apabila kontraknya tamat dalam tempoh 18 bulan.
Kurang 24 jam kemudian, kelab mengumumkan bahawa Amorim telah dipecat sebagai ketua jurulatih Manchester United.
Ia sekali gus memberi bayangan keretakan hubungan antara Amorim dengan atasan kelab, apatah lagi tiada pembelian dilakukan oleh United dalam jendela perpindahan ketika ini.
Selepas 14 bulan bersama kelab, pelbagai rekod dipecahkan jurulatih dari Portugal itu termasuklah tewas kepada pasukan divisyen keempat, Grimsby Town.
Persoalan kini terarah kepada siapakah yang bakal mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Amorim.
Memandangkan United ketika ini dilihat berada dalam fasa ‘rebuild team’ dan berada di tangga ke-6 liga selepas 20 perlawanan.
Oleh itu, mari lihat antara nama yang berpotensi menjadi jurulatih The Red Devils seterusnya menurut goal.com.
Senarai Calon Pengganti Ruben Amorim
1. Oliver Glasner
2. Andoni Iraola
3. Enzo Maresca
4. Julian Nagelsmann
5. Xabi
6. Thomas Tuchel
7. Mauricio Pochenttino
8. Roberto De Zerbi
9. Kieran McKenna
10. Ole Gunner Solsjkaer
11. Micheal Carrick
12. Darren Fletcher
13. Gareth Southgate
14. Eddie Howe
15. Unai Emery
16. Zinedine Zidane
Sumber: Goal.com