Sunting Guna AI, Cikgu ‘Hidupkan’ Cita-Cita Anak Murid
Seiring dengan peredaran zaman, kecerdasan buatan (AI) telah menjadi salah satu teknologi penting yang membawa perubahan besar kepada pelbagai aspek kehidupan manusia.
AI bukan sahaja merevolusikan bidang teknologi, impak positif yang dibawa malah merentas sempadan pelbagai bidang seperti yang dimanfaatkan dalam dunia perubatan dan pertanian.
Sebagai orang awam, kita juga boleh memanfaatkan perkembangan AI untuk kebaikan. Antaranya menghasilkan kandungan kreatif seperti gambar, lukisan, artikel dan video untuk memacu kemajuan antara satu sama lain.
Cikgu sunting wajah anak murid guna AI, ‘hidupkan’ cita-cita mereka
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial apabila seorang guru di Indonesia menggunakan AI untuk ‘menghidupkan’ cita-cita anak muridnya.
Difahamkan, guru berkenaan menyunting gambar anak murid apabila sudah dewasa dan lengkap berpakaian seragam kerjaya yang menjadi cita-cita mereka.
Ada yang disunting menjadi seorang pramugari, doktor, pemain bola, anggota tentera dan sebagainya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @sellyve_, hasil suntingan tersebut membuat anak muridnya berasa sangat gembira dan seakan tidak percaya dengan gambar yang diterima.
Bahkan, ada yang begitu kagum melihat gambaran diri sendiri apabila sudah dewasa kelak.
Pelbagai reaksi murid-murid dapat dilihat menerusi video berdurasi 1:09 minit yang dimuat naik oleh @sellyve_.
“Itu aku?” kata salah seorang anak murid kepada guru ini
Melalui idea kreatifnya itu, @sellyve_ berharap dapat memotivasi murid-muridnya supaya berusaha gigih untuk merealisasikan impian masing-masing.
“Biarpun tinggal di pedalaman Kalimantan dah hidup tanpa bekalan elektrik atau rangkaian, itu tidak bermakna kamu tidak boleh bermimpi.
“Tidak kiralah apa takdir hidup di masa depan, tugas seorang guru adalah untuk memberi keberanian kepada murid-muridnya untuk bermimpi,” kata @sellyve_.
Video @sellyve_ menyentuh perasaan orang ramai di TikTok
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memuji tindakan @sellyve_ yang mengambil inisiatif sendiri, mendorong para pelajar untuk berlajar bersungguh-sungguh.
Pada masa yang sama, mereka juga kagum kerana @sellyve_ menjadi contoh bahawa seorang guru sebenarnya memainkan peranan yang lebih besar daripada sekadar menjadi pendidik.
Guru juga boleh menjadi rakan dan pembimbing yang menyuluh jalan kepada para pelajar untuk mencapai kejayaan.
BACA: Anaconda Hijau Maut Digilis, 40 Ekor Anak Terburai Atas Jalan
@sellyve_ Sekalipun tinggal di pedalaman Kalimantan dan hidup tanpa listrik dan jaringan, bukan berarti kalian tidak boleh bermimpi. Bagaimanapun takdir hidup selanjutnya, tugas seorang guru adalah memberikan keberanian bermimpi pada murid-muridnya. Selamat memupuk mimpi dan menumbuhkannya satu demi satu… Palangka Raya, 07 Januari 2025 #education #teacher #school
BACA: Isteri Minta Sunting Gambar Suami ‘Kumpau’ Dengan Ikan, Ini Hasilnya
Sumber: @sellyve_ via TikTok