Macam Ni Rupanya Suasana Pasar Pagi Di India
Siapa yang tak pernah ikut mak-mak pergi pasar pagi untuk beli barang dapur?
Kalau pernah, mesti dah biasa dengan suasana pasar yang riuh-rendah.
Peniaga sibuk menimbang barang, dan pembeli pula asyik memilih barang yang nak dibeli.
Tapi, pernah tak terfikir macam mana agaknya suasana pasar pagi di negara lain?
Adakah sama dengan pasar pagi di Malaysia?
Ramai ‘terkejut’ tengok pasar pagi India
Baru-baru ini, seorang wanita, @aishahbudiman, berkongsi video di TikTok yang menunjukkan suasana pasar pagi di India.
Dalam video tu, dia membeli bahan masakan seperti cili hijau, tomato dan kentang dengan harga yang sangat murah.
Harga yang dia bayar jauh lebih murah berbanding yang kita biasa nampak di pasaran tempatan.
Mana taknya, cili hijau dan tomato dia beli dengan harga 10 rupee (sekitar 50 sen) sekilo, manakala kentang pula hanya 25 rupee (RM1.20) sekilo.
Selain itu, peniaga di sana sangat jujur dalam jual beli. Mereka jual barang dengan harga yang sama untuk semua pelanggan, tak ada istilah “kena tipu” atau harga istimewa.
Menariknya lagi, ada peniaga yang tidak menggunakan penimbang elektronik yang biasa kita lihat di pasar-pasar moden.
Sebaliknya, mereka menggunakan dacing (alat penimbang ‘tradisional) untuk menimbang barangan mereka.
Bukan itu sahaja, pembeli di pasar pagi India wajib membawa beg sendiri kerana penggunaan plastik telah diharamkan di sana.
@aishahbudiman Cili/tomato 1 kilo = 50 sen je tau!! Murah sangat. Rindu nak shopping buah/sayur kat sana lagi. Ps: Untuk elak salah faham, kat hujung video ni ada part kami tanya harga kentang dekat uncle, mula-mula dia jual 25, tiba2 tukar 30. So kami tanya balik, 25 ke? #india #rupee #shopping #pasar #pasarpagi #vlog
“Serba salah nak beli…”
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian video ini mendapat perhatian ramai, termasuk warga Malaysia.
Ramai yang terkejut dan kagum dengan suasana pasar pagi di India.
“Dia susun bawang macam susun epal,”
“Kalau nak beli barang dapur kena pergi India ni,”
“Kalau mak aku datang pasar ni, mesti sampai 20kg dia membeli,”
“Aku harap aku ada pintu ajaib doraemon. Kalau nak beli sayur, pergi ja India,”
BACA: Perlu Utamakan Nafkah Isteri Atau Ibu Bapa, Ini Jawapan Mufti Wilayah
BACA: Mungkin Tak Ada Sistem Air Di Dunia Dapat Tangani Api Kebakaran Los Angeles
BACA: 2024 Tahun Paling Panas Direkodkan – WMO
Sumber: TikTok @aishahbudimman