Siakap Keli
2024 tahun paling panas
Kredit: Bernama

2024 Tahun Paling Panas Direkodkan – WMO

2024 Tahun Paling Panas Direkodkan – WMO

Geneva – 2024 menjadi tahun paling panas yang direkodkan oleh Organisasi Meteorologi Dunia (WMO), lapor AFP.

Ia adalah berdasarkan enam kumpulan data antarabangsa yang direkod dalam tahun terbabit, sekaligus meneruskan rekod suhu paling tinggi pernah dicatatkan dalam tempoh 10 tahun berturut-turut.

Purata suhu global juga melebihi had kritikal pemanasan buat kali pertama dalam dua tahun kebelakangan ini. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh pemantau iklim Eropah ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru tindakan menangani perubahan iklim yang lebih berani dan luar biasa.

PBB memberi amaran keadaan ini merupakan ‘bahaya besar’ biarpun had pemanasan global yang dipersetujui di peringkat antarabangsa, iaitu 1.5 darjah Celcius tidak dilanggar secara kekal.

Pengerusi PBB, Antonio Guterres berkata, pemanasan global merupakan satu fakta yang tidak dapat dinafikan.

“Penilaian Organisasi Meteorologi Dunia (WMO) hari ini jelas. Suhu yang mencanak naik dalam tahun 2024 memerlukan tindakan menangani perubahan iklim yang luar biasa pada 2025. Masih ada masa untuk mengelakkan berlaku bencana iklim yang dahsyat. Tetapi para pemimpin perlu bertindak sekarang,” tegasnya.

Amerika Syarikat merupakan negara terkini yang dilaporkan memecah rekod pemanasan dengan kehadiran puting beliung dan taufan. Pengumuman tersebut dikeluarkan hanya beberapa hari sebelum bakal Presiden, Donald Trump yang berjanji untuk menggandakan pengeluaran bahan api, dijangka mengambil alih jawatan.

BACA: Los Angeles Kelihatan Seperti ‘Adegan Perang’ Selepas Kebakaran – Biden

Sebagai pengetahuan, haba yang berlebihan mampu meningkatkan keadaan cuaca yang melampau. Dalam 2024 sahaja, beberapa negara dari Sepanyol hingga ke Kenya mengalami kerugian dengan jangkaan melebihi USD300, termasuk Amerika Syarikat dan Nepal.

Sementara itu, Los Angeles kini berhadapan kebakaran hutan yang membawa maut, sehingga memusnahkan ribuan bangunan. Puluhan ribu penduduk turut terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Di samping itu, tahun yang memecahkan rekod tidak dijangka berlaku pada 2025 rentetan tarikh akhir PBB bagi negara-negara terlibat memberi komitmen mengekang pelepasan gas rumah hijau.

Biarpun begitu, saintis ulung NASA, Gavin Schmidt menjangkakan tahun ini bakal menjadi tahun ketiga paling panas. Jangkaan ini berikutan permulaan awal tahun Amerika Syarikat dengan kehadiran La Nina yang lemah. Corak cuaca global ini menjangkakan membawa sedikit penyejukan.

Menerusi analisis kumpulan data WMO, suhu purata permukaan global menunjukkan 1.55 darjah Celcius lebih tinggi daripada tahap pra-industri.

“Ini bermaksud kita telahpun mengalami bulan pertama tahun ini dengan suhu purata global yang melebihi 1.5 darjah Celcius berbanding purata 1850 hingga 1900,” maklum laporan tersebut.

BACA: Malaysia Akan Kena Tempias Setiap Perubahan Di Antartika – Pakar

Sumber: AFP

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.