Siakap Keli
eksport durian vietnam

Eksport Durian Vietnam Cecah RM14.85 Bilion

Eksport Durian Vietnam Cecah RM14.79 Bilion

Vietnam kini muncul antara kuasa besar dalam pasaran durian global selepas mencatatkan eksport buah tersebut mencecah US$3.3 bilion (RM14.85 bilion) pada 2024.

Menurut laporan pelabur, eksport durian Vietnam meningkat sebanyak 7.8 kali ganda berbanding 2022. Jumlah berkenaan mewakili kira-kira 50 peratus nilai penghantaran buah-buahan dan sayur-sayuran negara tersebut.

Kejayaan itu difahamkan sebahagian besarnya disumbangkan oleh permintaan kukuh Raja Buah daripada pasaran China, dimana durian dianggap sebagai buah mewah dan bahan masakan premium.

Setakat November tahun lepas, China mengeksport secara keseluruhan 1.53 juta tan durian yang dianggarkan bernilai kira-kira RM30.74 bilion.

Ia meningkat kira-kira 9.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Vietnam catat eksport durian cecah RM14.85 bilion tahun lepas

Penghantaran oleh Vietnam pula mewakili kira-kira 45 peratus daripada jumlah tersebut, hanya sedikit ketinggalan berbanding negara jirannya, Thailand.

Menurut The Straits Times, durian menjadi fenomena dalam kalangan penduduk kelas menengah di China.

Pelbagai produk berasaskan durian seperti hot pot durian, roti durian dan buffet bertemakan durian menjadi sensasi dan kegilaan ramai di negara itu.

Manakala Vietnam berjaya memanfaatkan peluang yang terhidang dan berupaya membekalkan produk durian berkualiti secara berterusan, sekaligus memenuhi standard permintaan yang tinggi di China.

Sebagai perbandingan, Indonesia hanya mencatatkan eksport durian sekitar RM4.82 juta pada tahun lepas, jauh ketinggalan berbanding Vietnam.

Strategi komprehensif Vietnam membuahkan hasil

Dalam pada itu, kejayaan besar Vietnam ini dikaitkan dengan strategi komprehensifnya yang merangkumi peningkatan kualiti, inovasi teknologi dan pasaran antarabangsa yang berkembang.

Negara itu berjaya memanfaatkan kawasan subur seluas kira-kira 150,000 hektar, sebahagian besar terletak di Delta Mekong dan tanah tinggi untuk penanaman durian, mengekalkan kualiti tinggi buah sepanjang tahun.

Manakala hubungan perdagangan strategik bersama China yang dihubungkan melalui protokol eksport yang dicapai pada 2022 turut mengukuhkan lagi kedudukan Vietnam.

Negara itu juga komited untuk memastikan standard keselamatan makanan yang tinggi, kebolehkesanan produk dan pelaksanaan proses pembekuan berteknologi moden dipatuhi.

Kisah kejayaan durian Vietnam ini membuktikan perancangan dan strategi yang tepat oleh kerajaan mampu mentransformasikan industri tempatan yang kecil kepada komoditi global berpendapatan tinggi.

BACA: Jalan 500km Balik Kampung Selepas Dihalau Isteri & Anak Tiri

Sumber: The Straits Times

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.