Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mayat Dipercayai Wanita Ditemukan Di Tebing Sungai Kedah

Azizah Najib
mayat wanita sungai kedah
Kredit: Bernama

Mayat Dipercayai Wanita Ditemukan Di Tebing Sungai Kedah

ALOR SETAR, 14 Jan (Bernama) — Mayat dipercayai seorang wanita dalam keadaan mereput dan masih lengkap berpakaian ditemukan di tebing Sungai Kedah di kawasan Alor Mengkudu dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata polis dimaklumkan penemuan mayat itu pada 2.35 petang oleh orang awam.

“Pemeriksaan pada mayat menemukan sebuah telefon bimbit di dalam poket seluar mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Siti Nor Salawati berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Polis turut menyiasat kemungkinan penemuan mayat itu berkaitan dengan kes kehilangan seorang wanita sejak 8 Nov lepas, setelah motosikalnya ditemukan di sungai sama, kira-kira 10 kilometer dari lokasi mayat ditemukan.

Beliau berkata waris wanita itu telah dipanggil bagi proses pengecaman dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

BACA: Merungkai Kadar Kemalangan Dan Kecederaan Otak Traumatik

Sumber: Bernama